Nur

Hukum Petik Bunga Di Kubur Orang Lain Untuk Letak Atas Kubur Ahli Keluarga Sendiri

2
SHARES
ADAB ZIARAH KUBUR

Antara adab ziarah kubur yang sering terlepas pandang dan ramai melakukannya adalah memetik bunga kubur orang lain untuk diletakkan di atas kubur ahli keluarga sendiri.

Menurut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan tersebut dikategorikan sebagai haram melainkan setelah tumbuhan tersebut sudah kering atau mati.

Baca juga: Dah Biasa Setiap Hari Tidur Berbogel, Ini Hukumnya Mengikut Syariat Islam

ADAB ZIARAH KUBUR, JANGAN SUKA-SUKA PETIK BUNGA

ADAB ZIARAH KUBUR

Di dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj ada menyatakan:

وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ كَمَا بَحَثَ لِمَا فِيهِ مِنْ تَفْوِيتِ حَقِّ الْمَيِّتِ

Maksudnya: Haram mengambil tumbuhan tersebut seperti yang telah dibahaskan kerana dapat menghilangkan hak mayat.

Imam al-Syirwani dalam hasyiahnya menjelaskan bahawa pengharaman mencabut dan mengambil tumbuhan termasuklah rumput-rumput dan seumpanya yang tumbuh di atas kubur kerana tumbuhan tersebut merupakan hak si mayat.

Namun menurut Imam Ibnu Qasim sekiranya tumbuhan tersebut banyak maka tidak haram bagi pemilik yang menanam tumbuhan tersebut mengambil dan memetiknya.

Sekiranya tumbuhan tersebut sedikit maka haram memetik dan mengambilnya walaupun pemilik yang menanam tumbuhan tersebut. Ini kerana tumbuhan tersebut merupakan hak bagi mayat.

Manakala menurut mazhab Hanafi, hukum mencabut rumput adalah makruh walaupun masih belum kering. Pun begitu, harus bagi pemilik yang menanam tumbuhan tersebut memetik dan mengambil bunganya jika banyak dengan syarat hendaklah ditinggalkan sebahagian daripadanya serta tidak merosakkan tumbuhannya.

Kesimpulannya, hukum petik bunga atau mengambil bunga yang ada di atas kubur orang lain adalah haram, melainkan setelah kering atau mati.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Azan Sedang Berkumandang & Belum Habis Tapi Sedang Solat, Sah Atau Tidak?

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×