Nur

Hukum Pakaian Terkena Air Mazi Yang Kering Dibawa Bersolat, Boleh Ke?

32
SHARES
air mazi kering

Terdapat satu soalan yang diajukan kepada Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan dengan hukum pakaian kena air mazi kering tetapi dibawa solat.

Persoalan tersebut sudah tentunya menjadi tanda tanya kepada orang lain juga kerana berkemungkinan pernah berlaku seperti situasi yang sama. Ini penjelasannya.

Baca juga: Azan Sedang Berkumandang & Belum Habis Tapi Sedang Solat, Sah Atau Tidak?

HUKUM PAKAIAN KENA AIR MAZI KERING TAPI BAWA SOLAT

air mazi kering

Soalan tersebut adalah:

“Suami isteri bersama pada malam hari, suami melepaskan air mani keluar diatas katil. Sedia maklum, pastinya ada air mazi yang keluar bersama air mani dan terkena tempat tidur. Subuh harinya sebelum menunaikan solat subuh, suami duduk di atas tempat air tadi bersama pakaian solat, tapi tempat itu sudah kering.

“Jadi apakah hukum pakaian solat tersebut? Bersih atau bernajis? Suami juga sering mengeluarkan air di atas katil, jadi tidak diketahui tempat khusus air mazi itu jatuh. Maaf seandainya bahasa yang digunakan agak keterlaluan.”

Menjawab persoalan di atas, air mazi adalah air yang keluar ketika permulaan syahwat. Ia keluar tanpa memancut dan salah satu najis yang tidak boleh dibawa untuk bersolat.

Walaupun najis namun seseorang itu tidak perlu untuk mandi wajib sekiranya keluar air mazi. Menurut pandangan para ulama, sekiranya air tersebut ada pada zakar suami atau kemaluan isteri sewaktu proses berjimak ia dimaafkan dan tidak wajib membasuhnya.

Jadi, jawapan untuk soalan di atas adalah air mazi yang terhasil daripada zakar mujami’ atau kemaluan wanita ketika suami isteri yang sedang bersengama dan terkena pada selimut atau katil tergolong dalam najis yang dimaafkan.

Tidak wajib untuk membasuh tempat yang terkena. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu berzina atau beronani dan air mazi terkena selimat dan katil, maka wajib ke atasnya untuk membersihkan kawasan tersebut.

Jika air mazi yang terkena pada selimut dan katil itu daripada jenis tidak dimaafkan dan telah kering, maka hukumnya adalah sama seperti najis kering.

Dapat disimpulkan bahawa jika keluar air mani dan bercampur dengan air mazi sewaktu suami isteri sedang bersama adalah dimaafkan kerana sukar untuk dielak.

Ini bermakna tidak diwajibkan untuk membasuh cadar setiap kali setelah bersama. Akan tetapi, jika keluar ketika melakukan onani atau berzina hukumnya adalah sebaliknya.

Baca juga: Tak Dapat Anak Bukan Penghalang Kebahagiaan, Ini 7 Doa Dikurniakan Zuriat

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×