Famili

Raya Lebih Meriah Dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN, Hadiah Keseluruhan Bernilai Lebih RM1.3 Juta!

45
SHARES

Dah nak raya ni best jugak kalau dapat duit raya kan? Bukan setakat duit raya, kalau dapat sekali beraya dengan kereta dan motosikal baru lagi gempak! Memang raya sakan lah.

Semua tu bukan angan-angan tau, tapi boleh jadi kenyataan tau! Bestnya, macam mana tu?

Macam yang kita tahu, setiap tahun PTPTN tak pernah menghampakan dengan kempen dan peraduan menarik bagi menghargai dan menggalakkan rakyat Malaysia memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat.

Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, PTPTN kembali dengan Cabutan Siri WOW! Syoknya Raya yang membolehkan anda memenangi hadiah tunai yang menarik. Fuyoo!

Cabutan WOW! Syoknya Raya tawar RM100,000 untuk 181 pemenang!

Bermula 1 Mac hingga 30 April 2024 ini, PTPTN akan mengadakan Cabutan WOW! Syoknya Raya yang memberi peluang kepada 181 pemenang untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM100,000! Bestnya!

Cita-cita miliki kereta mewah jadi realiti dengan Cabutan WOW! Tahunan!

Haa..yang lagi best, bukan hanya wang tunai lumayan, malah, PTPTN juga menawarkan kereta, motosikal dan wang tunai lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM842,000 untuk dimenangi oleh 78 pemenang di bawah Cabutan WOW! Tahunan. Gila gempak!

Tempoh kempen: 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024

RM500,000 menanti pemenang dalam Cabutan Siri WOW!

Eh, bukan itu je, PTPTN juga membolehkan anda nikmati peluang untuk menang besar dengan jumlah wang tunai keseluruhan RM500,000 untuk dimenangi oleh 905 pemenang. Betul-betul WOW!

Mesti anda tertanya-tanya apakah syarat kelayakan untuk menyertai Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 ni kan? Jom min kongsikan kat bawah:

Syarat kelayakan:

  • Terbuka kepada pendeposit sedia ada dan baharu bagi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.
  • Pendeposit perlu memastikan akaun Simpan SSPN kekal aktif dan akaun Simpan SSPN Plus tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan.
  • Pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran atau pindahan simpanan semasa tempoh pengekalan.

Jadi, apa lagi anda tunggu, jom rebut peluang keemasan ini sambil menabung di Simpan SSPN. Simpan lebih, untuk peluang menang lebih tinggi!

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024, anda boleh layari laman web PTPTN atau muat turun aplikasi myPTPTN di sini. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari PTPTN!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×