Nur

Sanggup Tahan Kencing Ketika Solat, Rupanya Tindakan Ini …..

14
SHARES
HUKUM TAHAN KENCING

Mesti ramai dalam kalangan kita yang menahan kencing ketika solat kan? Ini kerana tidak mahu membatalkan wuduk. Walau bagaimanapun, hukum tahan kencing semasa solat perlu dititikberatkan supaya tidak batal.

Penjelesan lanjut ada di bawah dan diharapkan supaya perkara ini dapat menambah ilmu buat yang tidak tahu. Baca sampai habis ya.

Baca juga: 6 Situasi Buka Aib Yang Dibenarkan Dalam Islam, Jangan Asyik Cerita Buruk Orang!

HUKUM TAHAN KENCING

Khusuyuk ketika solat merupakan elemen paling penting.  Perlu difahami bahawa khusyuk terbahagi kepada dua iaitu:

1. Khusyuk hati 

Kehadiran hati seseorang yang sedang menunaikan solat secara fokus menghadap Allah SWT dengan membawa cinta kepada-Nya, mengagungkan-Nya, takut terhadap seksa-Nya, dan mengharap pahala dari-Nya sehingga merasa dekat dengan-Nya dan tenang hatinya serta penuh penghayatan dengan menghayati seluruh apa yang diucapkan dan lakukan dalam solatnya, dari awal hingga selesai solatnya.

2. Khusyuk badan

Ketenangan gerakan dalam solat, beradab dan tidak tergesa-gesa dalam mengucapkan zikir dan doa, ketundukan pandangan ke arah tempat sujud, tidak menoleh ke atas atau ke arah yang menghilangkan khusyukdan tidak disibukkan dengan gerakan yang sia-sia.

Inilah khusyuk yang merupakan ruh dan maksud solat. Namun, tidaklah mampu untuk khusyuk anggota tubuh kita kecuali apabila telah khusyuk hati kita, kerana kekhusyukan hati adalah asas/dasar kepada kekhusyukan badan.

Menjawab persoalan di atas, telah diriwayatkan satu hadis daripada Aisyah R.anha, Rasulullah SAW bersabda:

لَا صَلَاةَ بِحَضْرَةِ طَعَامٍ وَلَا وَهُوَ يُدَافِعُهُ الْأَخْبَثَانِ

Maksudnya: “Tidak ada solat ketika hadirnya makanan, dan tidak ada solat juga dalam keadaan seseorang itu menahan diri daripada membuang air kecil dan besar.”

Sekiranya ada sesuatu yang menggnggu kekhusyukan seseorang ketika solat, hendaklah dia menyelesaikan terlebih dahulu supaya boleh solat dalam keadaan khusyuk.

Ini bermakna perbuatan menahan diri daripada membuang air kecil dan besar tidak digalakkan kerana boleh mengganggu kekhusyukan seseorang.

Dinasihatkan agar memlepaskan hajat sebelum solat kerana sekiranya ditahan ia akan merosakkan solat itu sendiri. Ini boleh mengakibatkan rukun-rukun qauli dan fi’li tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan sempurna. Berkemungkinan juga disebabkan anda menahan, akan menyebabkan najis tersebut terkeluar sedikit dan mengenai pakaiannya.

Walaupun solat seseorang masih lagi sah tetapi hukumnya adalah makruh. Pastikan anda melakukan ibadah dalam keadaan khusyuk.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Mula-Mula Kawan Sahaja Tapi Tersuka Pula, Ini Hukum Mencintai Suami Orang Dalam Diam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×