Nur

Mula-Mula Kawan Sahaja Tapi Tersuka Pula, Ini Hukum Mencintai Suami Orang Dalam Diam

13
SHARES
BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG

Kes penceraian akibat kecurangan semakin meningkat. Hal ini kerana rata-rata mengambil ringan mengenai hukum bercinta dengan suami orang tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal menimpa.

Walaupun mencintai dan menyayangi itu merupakan fitrah manusia tetapi perlu ada hadnya dan berpada-pada. Janganlah sampai menghancurkan rumah tangga orang pula.

Baca juga: 6 Situasi Buka Aib Yang Dibenarkan Dalam Islam, Jangan Asyik Cerita Buruk Orang!

HUKUM BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG DALAM DIAM

BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG

Mencintai suami orang bermakna ia boleh membawa kepada zina kerana dipenuhi dengan syahwat. Contohnya, zina mata kerana setiap kali berjumpa, pasti ingin merenung lama-lama dan tidak mengalihkan pandangan.

Perbuatan merosakkan hubungan halal suami isteri adalah diharamkan dan dikategorikan sebagai dosa besar. Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa menipu dan merosakkan (hubungan) seorang hamba dari tuannya, maka ia bukanlah bahagian daripada kami. Dan barang siapa merosakkan (hubungan) seorang wanita daripada suaminya, maka ia bukanlah bahagian daripada kami.”

Terdapat beberapa pandangan ulama untuk dirujuk:

1. Pandangan Syafie

Wanita yang mengganggu dan menggoda suami orang dengan sengaja, kemudian merosakkan rumah tangga lelaki itu, bolehlah dia minta dikahwinkan jika dia sudah bercerai dengan isterinya.

Walau bagaimanapun, perbuatan itu dikategorikan sebagai perbuatan fasik dan tidak bermoral. Dia akan menanggung dosa besar dan harus dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.

2. Pandangan Hanafi

Wanita tersebut boleh meminta untuk dikahwinkan dengan lelaki yang sudah berpisah secara rasmi dengan isterinya. Namun perlu disedari dan difahamkan bahawa perbuatan tersebut pasti ada azab yang setimpal daripada Allah SWT.

Perbuatan itu digolongkan sebagai hina dan seburuk-buruk perbuatan buruk yang lain.

3. Pandangan Maliki

Jika seorang wanita dengan sengaja melakukan perbuatan untuk mencetuskan perceraian dalam rumah tangga orang lain, kemudian dia meminta lelaki tersebut mengahwininya, maka perkahwinannya boleh dikatakan tidak sah.

Kesimpulannya, jauhkanlah diri anda daripada bercinta dengan suami orang. Jangan sesekali menghancurkan rumah tangga orang lain demi kebahagiaan sendiri.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 7 Senarai Surah Ini Anda Kena Tahu & Hafal, Baru Hidup Tak Sia-Sia

Sumber: Dalam Islam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×