Nur

Ambil Wuduk Sambil Korek Hidung @ Bersembang, UAI Jelaskan Hukumnya!

22
SHARES
AMBIL WUDUK

Menerusi perkongsian di YouTube milik Ustaz Azhar Idrus, terdapat satu soalan yang bertanya mengenai hukum ambil wuduk diselangi dengan perbuatan lain.

Soalan tersebut ditanya kerana kekeliruan dan risau wuduk terbatal. Jawapannya ada di dalam artikel ini dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Baca juga: 7 Senarai Surah Ini Anda Kena Tahu & Hafal, Baru Hidup Tak Sia-Sia

HUKUM AMBIL WUDUK TAPI DISELANGI PERKARA LAIN

AMBIL WUDUK

Jelasnya, tidak wajib mengambil wuduk mengikut urutan daripada mula sehingga habis. Perkara ini tidak membatalkan wuduk tetapi akan membatalkan solat sekiranya dilakukan ketika sembahyang.

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِ ۚ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.”

Mengambil wuduk mengikut turutan adalah sunat dan tidak wajib. Namun perlu diingatkan agar menjaga wuduk supaya tidak terbatal.

“Cuma daripada mula wuduk sampai ke habis, jangan ada buat perkara yang membatalkan wuduk,” katanya menerusi video tersebut.

Antara perkara-perkara yang membatalkan wuduk adalah:

1. Keluar sesuatu daripada kedua jalan (qubul dan dubur) melainkan keluar air mani. Ini kerana keluarnya mani diwajibkan mandi dan ia merupakan perkara yang lebih utama dilakukannya dahulu.

2. Hilang akal sama ada dengan tidur atau selainnya. Melainkan (tidak membatalkan wuduk) sekiranya tidur dalam keadaan duduk yang tetap punggungnya di atas tempat duduknya.

3. Bersentuhan (kulit) di antara lelaki dan wanita ajnabi (boleh berkahwin) secara langsung iaitu tanpa berlapik.

4. Menyentuh qubul dan dubur dengan telapak tangan

Nabi Muhammad SAW pernah mengambil wuduk di dua tempat berasingan iaitu ambil wuduk pertama di pasar dan yang kedua di masjid. Ini kerana ketika ambil wuduk ada solat jenazah di masjid. Baginda bergegas ke masjid dan sambung berwuduk di masjid.

Jadi, hukum ambil wuduk diselangi perkara lain adalah harus. Selain itu, Ustaz Azhar Idrus juga menyatakan sekiranya terpijak najis selepas berwuduk, perkara itu tidak akan membatalkan wuduk.

Baca juga: 6 Situasi Buka Aib Yang Dibenarkan Dalam Islam, Jangan Asyik Cerita Buruk Orang!

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×