Nur

7 Senarai Surah Ini Anda Kena Tahu & Hafal, Baru Hidup Tak Sia-Sia

100
SHARES
senarai surah

Setiap senarai surah dalam al-Quran ada kelebihan tersendiri. Jadi, artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa senarai yang boleh dibaca setiap hari untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Dinasihatkan agar semua surah di bawah ini dihafal supaya lebih mudah untuk membacanya. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Selalu Ada Bau Busuk & Rasa Diperhatikan Di Rumah Sendiri, Mungkin Ada ‘Orang’ Lain

7 SENARAI SURAH PERLU DIAMALKAN DALAM HIDUP

1. Surah al-Mulk

senarai surah

Amalkan surah ini setiap malam kerana antara keistimewaan surah al-Mulk adalah penyelamat daripada azab kubur dan diampunkan dosa.

Selain itu, antara sunat Rasulullah SAW sebelum tidur adalah membaca surah ini.

2. Surah al-Kafhi

senarai surah

Antara senarai surah yang boleh diamalkan dan hafal adalah surah al-Kahfi ayat 1 hingga 10. Terdapat hadis yang mengatakan surah Al-Kahfi digalakkan untuk dibaca pada malam dan siang hari Jumaat.

Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda:

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” 

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra:

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” 

3. Surah al-Baqarah

senarai surah

Terdapat hadis daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.”

Menerusi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, maksud “telah cukup baginya” di dalam hadis di atas adalah:

Telah cukup baginya qiyamullail (bangun di tengah malam untuk beribadah).

– Telah cukup baginya untuk membaca al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat.

– Telah cukup baginya perkara-perkara yang melibatkan aqidah kerana ayat tersebut menceritakan tentang keimanan dan amalan secara umum.

– Telah cukup baginya (terselamat) daripada segala keburukan.

– Telah cukup baginya (terselamat) daripada keburukan syaitan.

– Telah menolak keduanya (ayat tersebut) daripada keburukan manusia dan jin.

– Telah cukup baginya untuk mendapatkan kebaikan daripada keduanya.

4. Surah ar-Rahman

Senarai surah yang digalakkan untuk baca adalah surah ar-Rahman. Antara fadhilatnya adalah mendapat rahmat Allah SWT, memperolehi kebaikan dan pahala.

5. Surah al-Waqiah

Surah ini terdiri daripada 96 ayat dan anda dinasihatkan untuk menghafalnya supaya dijauhkan daripada kesusahan, sentiasa murah rezeki, ditunaikan segala hajat dan menjadikan diri sebagai seorang yang bersyukur.

Jangan lupa baca setiap hari.

6. Ayat Kursi

senarai surah

Penghulu segala ayat al-Quran, ayat Kursi sangat digalakkan untuk dibaca setiap hari dan menghafalnya. Antara kelebihan ayat ini adalah melindungi diri dan rumah daripada gangguan syaitan.

Berdasarkan sebuah hadis:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلا الْمَوْتُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat fardu, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian. (Iaitu hanya kematian sahaja yang menghalangnya, setelah mati, dia akan mudah ke syurga.” (HR al-Nasa’i dan al-Tabrani, dinilai Sahih oleh al-Albani).

7.  Surah as-Sajdah

senarai surah

Senarai surah yang terakhir adalah surah as-Sajdah. Surah ini mengandungi 30 ayat dan mampu menguatkan iman, mendapat perlindungan daripada Allah SWT, menjadikan diri lebih baik dan lebih rasa bersyukur.

Jadi, pastikan anda menghafal 7 senarai surah yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Siapa Tak Sedih Kalau Bercerai, Ini 8 Doa Selamatkan Rumah Tangga Dari Retak!

Sumber: TikTok & Quran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×