Nur

Selalu Lewatkan Solat Isyak Sebab Nak Qiyamullail, Ini Hukum Yang Anda Kena Tahu

52
SHARES
HUKUM LEWATKAN SOLAT ISYAK

Sesetengah orang memilih untuk lewatkan solat Isyak kerana ingin melakukan qiyamullail iaitu solat selepas bangun terjaga tengah malam. Walau bagaimanapun, pernahkah anda terfikir apa hukum lewatkan solat Isyak untuk melakukan tahajjud?

Menurut pendapat di dalam mazhad Imam al-Syafie, solat Isyak bermula ketika hilangnya jalur merah di atas ufuk langit iaitu ketika tamatnya waktu solat Maghrib.

Baca juga: Hukum Pegang Al-Quran Ketika Haid Walaupun Berlapik Kain, Ini Jawapannya!

HUKUM LEWATKAN SOLAT ISYAK UNTUK QIYAMULLAIL

HUKUM LEWATKAN SOLAT ISYAK

Pendapat ini berdasarkan beberapa riwayat daripada Nabi SAW seperti di bawah:

وَصَلَّى بِيَ الْعِشَاءَ حِينَ غَابَ الشَّفَقُ

Maksudnya: “Dan Jibril A.S. solat isya’ bersamaku ketika mana hilangnya garisan merah di ufuk.”

Di dalam riwayat yang sama, Nabi SAW bersabda:

وَصَلَّى بِيَ الْعِشَاءَ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ

Maksudnya: “Dan dia (Jibril) solat isya’ bersamaku sehingga satu pertiga malam.”

Berdasarkan hadis di atas, jelas bahawa Rasulullah SAW mengatakan waktu bermulanya solat Isyak adalah ketika mana hilangnya garisan merah di atas langit.

Mengikut pandangan tiga ulama, waktu solat Isyak pula berakhir pada:

Pertama: Solat Isyak tamat pada hujung 1/3 pertama malam.

Kedua: Solat isyak berakhir pada separuh malam.

Ketiga: Solat isyak tamat sehingga terbit fajar sadiq. Rujuk Sahih Fiqh al-Sunnah (1/215).

Qiyamullail bermaksud mendirikan solat pada waktu malam selepas daripada tidur. Ulama berpendapat sekiranya melewatkan solat Isyak atas sebab pembelajaran dan jemaah juga lebih ramai maka ia dibolehkan.

Sabda Nabi SAWW kepada Abu Zar R.A:

كَيْفَ أَنْتَ إِذَا بَقِيتَ فِي قَوْمٍ يُؤَخِّرُونَ الصَّلاَةَ عَنْ وَقْتِهَا قَالَ قَالَ مَا تَأْمُرُ قَالَ صَلِّ الصَّلاَةَ لِوَقْتِهَا

Maksudnya: “Bagaimanakah akan kamu lakukan sekiranya kamu berada bersama-sama kaum yang melewatkan solat dari waktunya ? Lalu Abu Zar berkata: Apa yang kau perintahkan (wahai Rasulullah) ? Jawab Rasulullah S.A.W: Solatlah kamu pada waktunya.”

Sekiranya tiada sebarang keperluan untuk melewatkan solat dan jemaah juga sedikit, maka disarankan agar menunaikan solat pada waktu yang ditetapkan.

Solat Isyak secara berjemaah juga dianggap sebagai qiyamullail dan akan diberikan ganjaran bagi sesiapa yang sembahyang bersama imam sehingga selesai.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Suami Melihat Faraj Isteri Sebelum Bersama, Orang Berkahwin Wajib Tahu!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×