Nur

Baru Nak Mula Solat Nampak Jerawat Keluar Nanah & Berdarah, Boleh Ke Teruskan Solat?

1
SHARES
NANAH KELUAR KETIKA SOLAT

Sebagai seorang Muslim, perkara yang membatalkan solat perlu dititikberatkan supaya amalan yang dilakukan tidak merugikan diri sendiri. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu hukum nanah keluar ketika solat. Adakah ia membatalkan atau sebaliknya? Jom kita baca!

Baca juga: Kalau Sayang Arwah Ibu & Ayah, Jangan Buat Perkara Ini. Ramai Yang Tak Tahu!

HUKUM NANAH KELUAR KETIKA SOLAT, BATAL ATAU TIDAK?

NANAH KELUAR KETIKA SOLAT

Antara syarat sah solat adalah pakaian, tempat dan badan mestilah bersih daripada najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT :

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

Maksudnya: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” Surah Al-Muddathir (4)

Menurut Imam al-Nawawi, nanah adalah air nipis yang bercampur dengan darah dan luka air (ulser) atau lepuh yang berubah baunya.

Sementara ulser, gelembung berair (lepuh) yang tiada bau adalah suci berdasarkan kenyataan berikut :

القيح والصديد كالدم. وكذا ماء القروح والمتنفط الذي له ريح كذا بلا ريح في الأظهر قلت: المذهب طهارته والله أعلم

Maksudnya: “Cecair kuning atau nanah seperti darah. Begitu juga air bisa luka dan gelembung berair (lepuh) yang mempunyai bau, begitu juga tidak mempunyai bau menurut pendapat paling zahir.”

Berdasarkan kenyataan berikut, ulser dan gelembung berair (lepuh) yang mempunyai bau sama seperti darah dan nanah. Sebaliknya, ulser dan lepuh yang tiada bau adalah suci.

Sementara itu, bisul mahupun darah yang sedikit akibat suntik dan bekam adalah seperti jerawat iaitu dimaafkan yang sedikit.

Manakala, darah akibat daripada serangga yang tidak mempunyai darah mengalir terkena pada pakaian, badan dan tempat adalah dimaafkan.

Kesimpulannya, sekiranya jerawat nanah pecah dan hanya keluar sedikit, perkara itu dimaafkan. Sebaliknya, sekiranya keluar dalam kuantiti banyak, ia boleh membatalkan solat.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Suka Travel Naik Flight, Ini Cara Solat Dalam Kapal Terbang

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×