Antara masalah sering dihadapi para ibu bapa adalah anak kencing atas tilam. Kadang-kadang bukan bayi sahaja yang ‘terlepas’ tetapi anak yang dah besar pun boleh terkencing atas tilam.
Bahaya kalau tak cuci betul-betul kerana takut solat tidak sah. Jadi, ikuti ulasan yang dikongsi oleh Puan Zuraila Mohd Noor di laman Facebook mengenai cara cuci anak kencing atas tilam dengan betul. Jangan ambil ringan!
Baca juga: Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Jika Para Suami Minum Susu Isteri…
ANAK KENCING ATAS TILAM, MACAM MANA NAK CUCI?
1. Hilangkan ain najis. Fizikal najis yang kita nampak atau bau atau rasa.
2. Lalukan air ke atas kesan najis. Air mutlak ya jangan pula campurkan air dengan softener, sabun atau sebagainya.
– Kena sediakan bahan untuk hilangkan ain najis sama ada tisu, kain, vacum atau apa saja. Yang paling senang kita nak capai selalunya tisu atau kain kan.
– Ambil tisu lap air kencing anak. Selagi tisu basah selagi itu maknanya ada najis. Lap lagi ulang banyak kali sampai kita rasa tisu atau kain yang kita gunakan dah tak basah dengan najis.
– Bila dah yakin ambil air lalukan atau curahkan atau jiruskan ke atas tempat yang anak kencing tadi. Kalau jenis tilam atau sofa atau kusyen kereta jenis tak menyerap air boleh ambil satu bekas letak di bawah untuk menadah air yang akan menitik.
– Kalau jenis yang memerangkap air tak apa. Biarkan air terperangkap di bahagian dalam yang penting permukaan dikira suci dan bersih dan bebas najis.
Bukan lah tak boleh nak gunakan sabun masa mencuci. Boleh bagi nak hilangkan jika ada bau. Tapi jangan campurkan sekali dengan air sebab syarat nak mensucikan najis ialah air suci lagi menyucikan.
CARA SALAH ORANG BIASA BUAT, ELAKKAN!
Cara salah yang biasa orang buat bila anak kencing atas tilam terus keringkan dan semburkan pewangi untuk hilangkan bau. Anak kencing atas tilam terus curahkan air ke atas nya tanpa hilangkan ain najis dahulu. Anak kencing atas tilam dibiarkan kering tanpa dicuci. Anak kencing atas tilam bawa tilam jemur tengah panas tanpa cuci.
Bila ambil wuduk tangan terpegang tilam yang bernajis dan bawa najis ke dalam solat. Bila travel selesai ambil wuduk terpegang kusyen kereta bernajis dan bawa najis ke dalam solat. Bila ambil wuduk terpijak karpet yang ada najis dan bawa najis ke dalam solat.
Islam itu mudah. Jangan disusahkan dan jangan pula dipermudah-mudahkan.
Sumber: Facebook Zuraila Mohd Noor