Nur

Jangan Risau Duit Tak Cukup, Ustaz Ini Kongsi Tips Kumpul Duit Pergi Umrah

120
SHARES
TIPS KUMPUL DUIT PERGI UMRAH

Setiap umat Islam pasti mempunyai keinginan untuk menunaikan umrah dan haji namun tidak semudah itu dapat dicapai kerana memerlukan kos yang agak tinggi dengan harga permulaan rata-rata mencecah RM6000 ke atas.

Kalau anda berniat ingin menunaikan umrah tetapi kewangan menjadi halangan, jom ikuti perkongsian tips kumpul duit pergi umrah oleh Ustaz Abdul Razzaq di bawah. Setahun boleh cecah RM5000, yang penting kena istiqamah.

Baca juga: Nak Menunaikan Umrah, Ini Tips Packing Barang Jemaah Wanita, Jangan Tertinggal Barang!

USTAZ KONGSI TIPS KUMPUL DUIT PERGI UMRAH, MUDAH JE

KUMPUL DUIT PERGI UMRAH

1.  NIAT 

Ya, niat. Kalau kita tak ada niat nak pergi, agak agak sampai ke kita ke sana? Niatkan “Duhai Allah, Saya nak pergi umrah tahun 2023. Insya Allah.” 

2. DOA 

Minta pada Allah kerana Allah Maha Kaya, Maha Berkuasa. Minta agar kita dapat mengerjakan umrah pada tahun 2023. Minta spesifik, bulan berapa, kos berapa, dengan siapa, bagaimana, minta apa yang nak minta. InsyaAllah yakinlah Allah akan makbulkan.

3. SIMPAN 

Nak simpan duit kena ada effort dan istiqamah. Kena sediakan tabung dan masuk setiap hari. Caranya, simpan ikut tarikh. 1hb RM1, 2hb RM2, 3hb RM3 sehingga 30hb RM30. Jadi, 1+2+3+4+5+…..+29+30=RM465.

KUMPUL DUIT PERGI UMRAH

Daftarkan akaun simpanan di mana-mana bank pilihan. Masukkan duit setiap bulan, lama-lama duit pun dah cukup. Sebulan dah dapat RM465, setahun (12 bulan) RM5580. Masa nak pergi insyaAllah ada rezeki lebih Allah akan bagi. Pasti ada rezeki yang tidak disangka-sangka.

InsyaAllah, campur duit simpanan suami isteri, bonus dan lain-lain pasti cukup untuk menunaikan umrah. Setiap hari solat lima waktu doa agar dipermudahkan jalan untuk pergi menunaikan umrah.

Ini sekadar perkongsian dan idea, kalau ada cara lagi baik dan rezeki lebih boleh simpan sehari RM30 atau lebih. Semuanya bermula daripada tindakan, doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Ustaz Abdul Razzaq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×