Nur

Rasa Teringin Nak Umrah DIY? Ini 9 Persediaan Yang Anda Kena Buat Supaya Semua ‘Smooth’

2
SHARES
umrah diy

Umrah DIY merupakan antara pilihan ramai dalam kalangan umat Islam kerana kelebihannya yang mempunyai kelapangan masa. Bukannya tidak seronok mengerjakan perlancongan ibadah ini menggunakan ejen umrah namun buat anda yang sukakan cabaran dan lebih santai, umrah secara DIY adalah pilihan yang tepat.

Tapi, bila nak kerjakan umrah DIY ini apa yang anda perlu sediakan? Berikut merupakan perkongsian yang mendapat sambutan ramai untuk anda yang bakal menjejakkan kaki ke Madinah dan Mekah tidak lama lagi. Selamat beramal!

Baca juga: 5 Kelebihan Amal Surah Ad-Dhuha, Bukan Sahaja Hati Tenang..Poket Pun Selalu Cukup!

PERKONGSIAN UMRAH DIY, INI 9 PERKARA ANDA KENA BERSEDIA!

umrah diy

Posting ni tujuan berkongsi pengalaman semata-mata . Yang pilih untuk pergi dengan agen dipersilakan, tak dinafikan pergi sendiri secara DIY memang renyah sikit dan perlu pengorbanan masa dan penat jugak buat research especially untuk first timer macam saya. Cuma kelebihannya bila dah settle semua urusan dan ketika berada di Madinah dan Mekah, waktu kita lebih fleksible dan jadual kita boleh susun ikut kehendak kita sendiri. Itu nikmat umrah DIY, boleh duduk masjid selama mana yang kita nak dan ziarah ikut kesesuaian masa kita.

Jadi, apa sebenarnya yang kita perlu sediakan untuk kita umrah diy nie? Basic yang perlu kita uruskan sebelum umrah, perlu ada yang berikut:

1. Passport

Kalau belum ada passport, atau passport hampir tamat tempoh renew dulu ya di https://imigresen-online.imi.gov.my

2. Tiket flight

Saya prefer cari tiket flight direct dengan website airline tu sendiri. CONTOH nak naik AirAsia saya akan masuk website AirAsia dan beli disitu bukan menggunakan third party macam Skyscanner dan seumpamanya. Untuk umrah kali ni dah survey tiket AirAsia, MAS dan kebetulan Saudia Airline tengah promo masa tu, kami pilih fly dengan Saudia Airline. Flight Direct 8 jam, KUL – JEDDAH – KUL.

3. Hotel

Bila dah ada tiket maksudnya dah ada tarikh yang confirm makanya dah boleh booking hotel. Banyak website boleh kita guna untuk booking hotel di Mekah dan Madinah. Disebabkan dah terbiasa kemana- mana pun memang booking guna Agoda, jadi untuk trip Madinah dan Mekah kami booking melalui Agoda.

Hotel Madinah kami pilih Ruve AlMadinah – About 300 meters ja kot dari Gate 338 Masjid Nabawi. Best hotel ni, sarapan kena dengan tekak Malaysia dan yang penting, lift dia banyak tak payah nak tuggu-tunggu lift sampai setengah jam. Tekan ja, inshaAllah after a while ada ja lift available.

Hotel Mekah, kami pilih Pullman ZamZam Makkah pun sama, sangat dekat..50 meter ja dari dataran Masjidil Haram…cuma breakfast dia perlu tambahan sambal dari Malaysia. Bilik selesa sangat-sangat, view kota Mekah dan lift mmg banyak dan kalau last minit turun ke masjid pun inshaAllah sempat berjemaah bersama.

4. Visa Pelancong/Umrah

Kami pilih visa pelancong. Harga visa SAR448 bersamaan RM650 . Boleh apply sendiri visa di link ni: https://visa.visitsaudi.com
Visa ni valid setahun dan boleh guna untuk multiple entry, cuma sekali entry tak boleh lebih 90 hari.

5. Insuran

Sebenarnya visa umrah RM650 dah termasuk insuran. Bila kita download visa kita siap disertakan sekali polisi insuran. Tapi untuk kemudahan dari segi travel hassel, contohnya beg hilang, flight delay and so on, boleh tambah insuran lagi. Kami ambik Etika360 untuk spouse platinum pakej, harga RM210. Ini optional nak ambik takpa.

6. Transport

Transport adalah isu yang paling orang takut untuk umrah DIY. Walaupun sebenarnya sangat mudah sebab banyak kemudahan disediakan kerajaan saudi untuk jemaah umrah. Antara route yang jadi keutamaan untuk kita ambik kira ialah:

-Transport dari airport ke hotel Madinah/Mekah
-Transport dari hotel Mekah/Madinah ke airport
-Transport ziarah/miqat
-Transport dari hotel ke masjid (Jika ambik hotel jauh dari Masjid)

Kami pilih HHR speedtrain untuk bergerak dari Airport Jeddah terus ke Madinah dan dari Madinah ke Makkah. Tiket beli secara online di HHR apps. Beli guna apps memang mudah semudah ABC. Download apps kat sini SPEEDTRAIN

Manakala untuk perjalanan dekat menggunakan teksi kami banyak guna apps BOLT. Ada lagi apps lain yang murah dan sesuai guna di Madinah dan Mekah: CAREEM dan UBER.  Cara nak booking sama sebijik macam hampa duk booking grab kat malaysia tu.

Kalau rasa ermmm renyahnya nak guna apps bagai, cara paling mudah turun hotel pi ja berdiri tepi jalan, nanti ada ja teksi /prebet sapu akan hon tanya nak pi mana…pandai-pandai la nego harga, kami prefer guna apps sebab harga tetap dan risiko kena ketuk tu tak ada.

7. Permit masuk Raudhah/Umrah

Untuk masuk ke Raudhah macam semua orang dah maklum perlu booking awal di apps NUSUK, download apps NUSUK dan tunggu sehingga hari Jumaat sebelum hampa berlepas ke Mekah, setiap Jumaat slot akan dibuka untuk seminggu, pastikan cepat booking slot. Jangan lupa booking slot umrah sekali, penting tu sebagai bukti kita buat umrah, nanti kat airport perlu tunjuk di kaunter check in flight utk keizinan bawak balik air zamzam. Kalau tak booking slot, kemungkinan untuk say goodbye kat air zamzam sangat tinggi.

8. Simkad

Yang ini penting, hampa nak pi Mekah, Madinah kalau rasa number Malaysia yang duduk pakai la ni penting untuk dihubungi, better beli roaming service dari telco masing-masing. Contohnya saya pakai DIGI dan husben pakai Maxis, kami beli roaming service di apps DIGI dan Maxis masing-masing…harga ikut telco masing-masing. Pi sana on ja roaming dan pakai number Malaysia macam biasa. Cuma elakkan dari menjawab call..segala call gunalah whatsapp call/videocall sahaja.

9. Makan

Ini last dah ni..lenguh tangan menaip dah ni… hat ni ikut bajet hampa..rasa nak jimat boleh angkut ricecooker dari Malaysia, bawak sambal bilis sambai petai whatsoever favourite hampa. Ceq ni dengan husben Muhammad Rozaimi kami hantu nasi arab.

Jadi kami tak bawak la segala mak nenek makanan, bawak sambal nyet Khairul Aming ja untuk kepedasan maksima, lidah melayu ni dapat pedas-pedas di negara orang, lega rasa.

umrah diy

*Buat anda yang nak mengerjakan umrah secara DIY, boleh jadikan ini sebagai panduan ya!

Baca juga: Indah & Istimewanya Masjid Al-Aqsa Bagi Umat Islam, Masjid Suci Yang Wajib Dijaga

Sumber: Basyiroh Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×