Apabila menyebut Masjid Al-Aqsa atau BaitulMaqdis, sudah pasti kita terbayangkan keindahan masjid yang terletak di tanah Palestine yang menjadi simbol sejarah buat umat Islam. Disebut dalam Al-Quran sebagai salah sebuah masjid yang penting dalam agama Islam, banyak keistimewaan lain bagi masjid suci ini yang perlu diambil tahu supaya kita mengenali sejarah Islam dengan lebih mendalam.
Merupakan masjid kedua di dalam kehidupan manusia dan telah wujud sejak adanya Nabi Adam A.S, kompleks seluas 144.000 meter persegi yang berada di Kota Lama Yerusalem ini juga dikatakan telah dibina semula oleh Nabi Sulaiman AS.
Baca juga: Ulang Surah Sama Dalam Rakaat Solat, Ini Penjelasan Mufti
6 KEISTIMEWAAN MASJID AL-AQSA UNTUK UMAT ISLAM
1.Tempat hijrah para Nabi,Rusul
Allah SWT memberitahu kita bahawa Masjid Al-Aqsa adalah tempat para Nabi dan Rasul berhijrah. Seperti ayat yang Allah berfirman:
وَنَجَّيْنَٰهُ وَلُوطًا إِلَى ٱلْأَرْضِ ٱلَّتِى بَٰرَكْنَا فِيه َا لِلْعَٰلَمِينَ
Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke negeri yang telah Kami berkati untuk seluruh manusia. (QS. al-Anbiya ayat 71)
2.Tempat suci dari dosa, syirik
يٰقَوْمِ ادْخُلُوا الْاَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِيْ كَتَبَ اللّٰهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوْا عَلٰٓى اَدْبَارِكُمْ فَتَنْقَلِبُوْا خٰسِرِيْنَ
Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut akan musuh), maka kamulah orang-orang yang rugi. (QS. al-Maidah ayat 21)
3.Termasuk dalam tiga masjid yang boleh dituju untuk beribadat
Berdasarkan hadis Abu Hurairah radhiyallahu’anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
لا تشد الرحال إلا ثلاثة مساجد: المسجد الحرام والمسجد الاقصى ومسجدي
Jangan bepergian kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku (Masjid Nabawi). (HR Bukhari dan Muslim)
4.Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah
Barro bin ‘Azib berkata:
InsyaAllah شرشهرا، ثم صرفه نحو القبلة
Kami solat bersama Nabi dan menghadap BaitulMaqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Kemudian Nabi mengubah arah kiblat (ke Kaabah). (HR Bukhari dan Muslim)
5.Tempat singgah dalam perjalanan Rasulullah SAW semasa Isra Mi’raj
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah didatangi oleh sebuah kenderaan Buraq, seekor binatang putih yang tinggi, lebih tinggi dari keldai dan di bawah Bighal, laju langkahnya sepantas sekelip mata. . Kemudian saya mendakinya sehingga saya sampai ke Baitul Maqdis.” (HR Muslim)
6.Dajjal tidak akan masuk
Rasulullah SAW pernah melaporkan bahawa Masjidil Aqsa mempunyai keutamaan tersendiri seperti Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Thursina iaitu Dajjal tidak akan memasukinya.
*Semoga semua umat Islam yang menjaga dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa ini diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan dari Allah SWT…
Baca juga: Cara Sujud Sahwi Yang Betul, Kalau Tidak Sengaja Terlupa Rukun Solat Boleh Buat
Sumber: Banggabersarung.com, Rejabar