Nur

Cara Sujud Sahwi Yang Betul, Kalau Tidak Sengaja Terlupa Rukun Solat Boleh Buat

10
SHARES
cara sujud sahwi

Bila sebut sujud sahwi, ramai dalam kalangan kita yang masih tidak mempunyai pemahaman yang mendalam terutama sekali cara sujud sahwi yang betul. Ada yang tertanya-tanya sama ada sujud ini perlu dilakukan selepas selesai solat dan dimulai rukun baharu ataupun betul-betul setelah selesai memberi salam.

Jadi, berikut merupakan tatacara rukun melakukan sujud sahwi dengan betul serta niat yang perlu disertakan.Mudah sahaja caranya untuk mengesahkan solat anda yang mempunyai khilaf sebelum ini.

Baca juga: Hukum Solat Ketika Kontraksi Bersalin & Air Ketuban Nak Pecah..Masih Perlu Solat Tak?

CARA SUJUD SAHWI YANG BETUL, FAHAMKAN DULU APAKAH SUJUD SAHWI INI..

cara sujud sahwi

Sahwi bermaksud lupa atau lalai terhadap sesuatu, atau meninggalkan sesuatu secara tidak sengaja. Selain itu, dari segi syarak pula, sahwi bermaksud kecacatan atau kekurangan yang dilakukan oleh orang yang solat sama ada dengan sengaja atau terlupa.

Oleh itu, sujud sahwi bertujuan untuk menutup kekurangan yang terjadi akibat kelupaan tersebut. Untuk anda yang tidak tahu, sujud ini merupakan dua sujud tambahan yang dilakukan selepas selesai Tahiyat Akhir dan sebelum memberi salam. Hukum sujud sahwi adalah sunat muakkad daan tidak terbatal solat jika terlupa atau sengaja tidak melakukannya.

Antara sebab kenapa anda perlu melakukan sujud sahwi adalah kerana:

1. Tertinggal Rukun Solat

Ini termasuklah meninggalkan mana-mana rukun dalam solat, kecuali niat dan takbiratul ihram. Jika seseorang yang sedang solat sujud tanpa rukuk, bererti dia telah meninggalkan satu rukun dalam solat. Maka hendaklah bangun kembali dan rukuk, kemudian meneruskan semula solatnya seperti biasa.

Tetapi sekiranya seseorang itu terlupa berniat atau bertakbiratulihram, solatnya tidak sah dan perlu mengulanginya semula.

2.Meninggalkan Sunat Ab’adh

Sunat-sunat ab’adh adalah seperti berikut:

-Tahiyat awal (pertama)
-Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awal
-Duduk tahiyat / tasyahud awal
-Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan
-Selawat ke atas Nabi SAW dalam qunut
-Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW dalam qunut
-Berdiri semasa berqunut
-Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir

3.Ragu-ragu dengan rakaat

Apa yang kita perlu lakukan apabila secara tiba-tiba berada di rakaat akhir, kita keliru sama ada telah melakukan empat rakaat atau tiga rakaat? Dalam keadaan ragu ini, anda hendaklah mengira rakaat yang paling sedikit.

Setelah itu, anda juga disunatkan melakukan sujud untuk menampung kalau ada melakukan lebih rakaat.

4.Melakukan Perbuatan Yang Dilarang Dalam Solat

Disunatkan untuk melakukan sujud sahwi apabila melakukan perbuatan yang dilarang dalam solat secara tidak sengaja dan perbuatan tersebut tidak membatalkan solat.

Contohnya, bercakap dengan beberapa perkataan kerana terlupa atau menambah rakaat, dan kemudian teringat kembali ketika masih dalam solat. Maka hendaklah dia bersujud.

SUSUNAN UNTUK SUJUD ADALAH SEPERTI BERIKUT

#1 Niat

Lafaz niat sujud sahwi tidaklah ditentukan. Anda boleh berniat dengan “sahaja aku melakukan sujud sahwi” di dalam hati.

#2 Sujud pertama

Selepas selesai bacaan tahiyat akhir, terus sujud dan baca bacaan sujud sahwi sebanyak tiga kali.

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَا مُ وَلاَ يَسْهُوْ
‘Subhaana man laa yanaamu wa laa yas-huu’ – Maksudnya: Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa

#3 Duduk antara dua sujud

Bangun dari sujud untuk duduk antara dua sujud. Bacaannya sama seperti selalu iaitu;

رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى
Rabbighfirlii , warhamnii , wajburnii , warfa’nii , warzuqnii , wahdinii , wa’aafinii , wa’fuanii

Maksudnya: Ya Allah ampunilah aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, jadikanlah aku sihat, maafkanlah aku.

#4 Sujud kedua

Lanjutkan dengan sujud kedua dan ulang bacaan sujud sahwi sebanyak tiga kali.

#5 Salam

Bangun dari sujud dan beri salam. Anda tidak perlu membaca bacaan tahiyat sebelum memberi salam. Sujud sahwi hanya dilakukan dengan dua kali sujud dan satu kali duduk antara dua sujud. Dengan adanya dua perkara ini, maka sujud sahwi sudah dianggap selesai.

cara sujud sahwi

*Begitu mudah Allah SWT memberi peluang untuk kita memperbetulkan amalan kita bukan? Sebagai manusia yang lemah, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan dan terlupa..

Baca juga: Hukum Sujud Di Atas Telekung Sendiri, Kena Tahu Supaya Tak Payah Ulang Solat!

Sumber: AkuIslam.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×