40 Minggu

Hukum Solat Ketika Kontraksi Bersalin & Air Ketuban Nak Pecah..Masih Perlu Solat Tak?

3
SHARES
solat duduk

“Adakah aku kena solat duduk ketika sakit nak bersalin ni? Ke aku tak payah solat pun eh?”

Ini merupakan antara dilema yang sering berlaku kepada setiap wanita yang sedang hamil dan bakal melahirkan anak tidak lama lagi. Semasa mengalami kontraksi bersalin, pastinya akan keluar darah-darah tertentu atau mengalami kesakitan yang amat, jadi ramai tertanya adakah solat masih wajib ketika ini.

Bagi merungkai kepada persoalan ini, berikut merupakan penjelasan dari pendakwah dan Mufti Wilayah Persekutuan supaya perkara yang wajib ini tidak ditinggalkan walaupun tengah mengalami kesakitan.

Baca juga: Ibu Lebih Berisiko ‘Overdue’ Bila Hamil Bayi Lelaki, Nak Bersalin Cepat Kena Buat Ini

HUKUM SOLAT KETIKA ALAMI KONTRAKSI BERSALIN, PERLU SOLAT DUDUK?

solat duduk

Menurut penjelasan dari seorang pendakwah, Shadiya Abbas, berkata air ketuban atau darah yang keluar melalui kemaluan dikira sebagai darah fasad, iaitu darah rosak dan bakal ibu hanya perlu membersihkannya sebelum menunaikan solat seperti biasa.

Darah fasad ialah antara kategori darah yang keluar daripada kemaluan wanita selain haid, nifas dan istihadah. Oleh itu, dalam situasi ibu yang hendak melahirkan anak sekiranya keluar darah fasad masih boleh solat seperti biasa kerana sakit kontraksi biasanya agak lama dan berlaku dalam kekerapan berbeza seperti sakit setiap sejam atau setengah jam sekali.

Berdasarkan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, ulama membahagikan darah yang keluar daripada faraj wanita kepada beberapa kategori, iaitu:

Pertama: Haid

Darah haid ialah darah tabi’e (semulajadi) yang keluar daripada pangkal rahim perempuan. Ia keluar pada hari-hari haid iaitu dalam tempoh haid selepas dia mencapai peringkat umur baligh.

Kedua: Nifas

Darah nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan setelah kosongnya rahim tersebut (tempat peranakan) daripada janin atau ketulan darah (‘alaqah) atau ketulan daging (mudghah) dan darah itu keluar sebelum berlalu masa 15 hari selepas bersalin.

Ketiga: Istihadhah

Darah istihadhah ialah darah penyakit yang keluar daripada azal (hujung urat) yang berada di bawah rahim selepas tempoh sebanyak-banyak haid dan selepas tempoh sebanyak-banyak nifas, sama ada keluarnya istihadhah itu mengiringi kesan (bekas) darah haid atau tidak mengiringi darah haid.

Cara Mengerjakan Solat Ketika Sakit

solat duduk

Oleh itu, tetap diwajibkan ke atas wanita untuk menunaikan solat ketika dia sakit hendak bersalin, walaupun setelah keluar air ketuban atau darah daripada faraj sebelum beranak kerana darah itu dihukumkan sebagai darah rosak.

Sekiranya wanita tersebut tidak mampu untuk solat secara berdiri maka:

-Boleh solat secara duduk

-Sekiranya tidak mampu maka solat secara mengiring di atas lambung kanan

-Sekiranya tidak mampu maka solat secara berbaring menelentang

-Sekiranya tidak mampu maka solat melalui isyarat mata

Hal ini sebagaimana hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Imran bin Husain R.A berkata, aku menghidap penyakit buasir lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan solat. Baginda S.A.W bersabda:

صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Maksudnya: “Bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring di atas lambung kanan.”- Riwayat al-Bukhari

*Namun begitu, sekiranya keadaannya sangat sakit sehingga tidak mampu untuk mengerjakan solat, maka wajib ke atas wanita itu menqadha’ solatnya kelak.

Baca juga: Mama Boleh ‘Survive’ Morning Sickness Ketika Hamil Kalau Buat 5 Petua Ini, 100% Menjadi!

Sumber: Mufti WP, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×