40 Minggu

Air Ketuban Boleh Pecah Bila-Bila Masa, Ini Apa Yang Ibu Kena Buat. Jangan Panik!

21
SHARES
AIR KETUBAN

Bayi dalam rahim dikelilingi oleh air ketuban yang merupakan sejenis kantung. Air ini berfungsi untuk menyerap hentakan, melindungi bayi dan membolehkan mereka bergerak bebas.

Bila ada lubang pada kantung, ia akan menyebabkan air ketuban bocor. Kalau ada lubang kecil di kantung, air akan turun sedikit demi sediki dan ibu akan rasa basah seperti terkencing.

Baca juga: Elak Gigi Cepat Rosak & Ngilu, Doktor Kongsi Tips Untuk Ibu Hamil Praktikkan

INI APA YANG IBU KENA BUAT BILA AIR KETUBAN PECAH

AIR KETUBAN

Untuk membezakan air ketuban dan air kencing adalah air ketuban tidak berbau dan jernih. Bila air ketuban berlubang di bahagian hadapan kepala bayi, ia akan membuatkan air keluar secara laju seperti hujan lebat.

Keadaan ini akan menyebabkan kain atau seluar ibu basah seperti yang sering ditayangkan dalam drama. Selain itu, bunyi ‘pop’ juga akan berlaku sebelum air mengalir deras.

Jadi, bila air ketuban pecah anda kena:

1. Tengok pukul berapa bocor dan beritahu doktor.

2. Tentukan warna air ketuban. Ini kerana air ketuban normal adalah jernih dan kadangkala bercampur sedikit darah yang menjadikannya bertukar warna pink.

3. Sekiranya air ketuban berwarna hijau atau coklat, ini bermakna bayi dah membuang air besar.

4. Pakai pad untuk memantau warna air ketuban.

Terus berjumpa doktor sekiranya air ketuban pecah secara tiba-tiba. Jangan biarkan kerana ada bayi yang nak keluar sejurus sahaja pecah.

Jika lebih 24 jam bayi tidak dikeluarkan, risiko jangkitan kuman akan lebih tinggi. Ada juga doktor memilih untuk memecahkan air ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada bakal ibu di luar sana.

Baca juga: Alamak! Makan Pati Ikan Haruan Selepas Bersalin Czer Boleh Jadi Punca Pelekatan Tisu?

Sumber: Twitter Dr Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×