40 Minggu

Elak Gigi Cepat Rosak & Ngilu, Doktor Kongsi Tips Untuk Ibu Hamil Praktikkan

11
SHARES
PENJAGAAN GIGI KETIKA HAMIL

“Kenapa gigi makin cepat rosak. Aduh, kena mula cuba tips penjagaan gigi ketika hamil ni..”

Tahukah anda, morning sickness ataupun alahan yang dialami oleh ibu-ibu mengandung boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan gigi mereka?

Morning sickness yang dialami pada peringkat awal kehamilan boleh menghakis permukaan gigi dalam jangka waktu yang panjang. Kesan daripada hakisan ini menyebabkan lapisan enamel gigi menjadi nipis dan mudah ngilu.

Baca juga: Alamak! Makan Pati Ikan Haruan Selepas Bersalin Czer Boleh Jadi Punca Pelekatan Tisu?

TIPS PENJAGAAN GIGI KETIKA HAMIL, JANGAN BIARKAN ROSAK

PENJAGAAN GIGI KETIKA HAMIL

Jadi, bagi mengurangkan risiko gigi rosak, berikut merupakan tips penjagaan gigi ketika hamil untuk ibu cegah sebelum terjadi. Jangan biarkan!

1. Segera berkumur dengan air kosong sejurus selepas muntah. Ini penting untuk membilas sisa muntah serta asid perut yang melekat pada permukaan gigi agar hakisan gigi tidak berlaku.

2. Elakkan daripada memberus gigi selepas anda muntah. Ini boleh menyebabkan hakisan gigi menjadi lebih teruk. Tunggu sekurang-kurangnya selama 30 minit selepas muntah atau selepas makan/minum sesuatu yang masam baru berus gigi untuk mencegah hakisan gigi daripada berlaku.

3. Berus gigi dengan teknik yang betul menggunakan ubat gigi berfluorida. Fluorida penting untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat, seterusnya mencegah hakisan serta kerosakan gigi daripada mudah berlaku.

4. Kawal pengambilan makanan manis dan tinggi gula walaupun anda mengidam. Jika banyak makan makanan yang manis, maka perlulah rajin memberus gigi.

5. Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh kehamilan. Pemeriksaan gigi paling baik dilakukan ketika di peringkat awal (3 bulan pertama) kehamilan. Rawatan pergigian pula paling disarankan untuk dibuat ketika trimester kedua (bulan ke-4 sehingga ke-6) kehamilan.

Sememangnya wanita mengandung berhadapan dengan pelbagai perubahan dari segi fizikal, emosi serta mental. Namun untuk memastikan perubahan-perubahan ini tidak memberikan kesan buruk terhadap kesihatan termasuk kesihatan gigi, maka anda haruslah sentiasa menjalani rutin hidup yang sihat.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ibu Nak Rasa ‘Baby Kicking’? Ini 6 Cara Rangsang Janin Dalam Kandungan

Sumber: Facebook Mohd Khairul Izwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×