Asuh

7 Tips Penjagaan Gigi Anak, Elak Gigi Rosak Terutama Dalam Musim Raya Ini!

29
SHARES
tips penjagaan anak

Menjadi kerisauan ibu bapa menjelang musim perayaan seperti Hari Raya ini apabila terdapat pelbagai makanan yang dihidangkan kepada anak mereka. Bukan apa, yang dirisaukan adalah keadaan gigi anak, bimbang cepat rosak apabila makan terlalu banyak manisan. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil berat mengenai penjagaan gigi anak mereka supaya tidak mudah rosak.

Sebelum ini, ibu bapa telah bertungkus lumus menjaga gigi anak mereka, tetapi menjelang sahaja musim Syawal, susah untuk mereka kawal apabila terlampau banyak manisan yang anak mereka makan setiap kali menziarahi rumah orang. Jangan risau, ini 7 tips penjagaan gigi anak yang penulis akan kongsikan untuk ibu bapa amalkan di rumah!

Baca juga: Jangan Pandang Remeh, 7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Gigi Pertama Bayi

7 TIPS PENJAGAAN GIGI ANAK MENJELANG MUSIM SYAWAL

1. Ibu bapa perlu menegaskan anak untuk minum air kosong setiap kali selepas makan dan minum air manis. Ini adalah untuk membilas mulut di samping mengurangkan plak dan bau mulut anak anda.

penjagaan gigi anak

2. Paling penting, pemilihan berus gigi. Ibu bapa perlu pandai memilih berus gigi yang betul buat anak. Doktor menggalakkan kita untuk menggunakan berus gigi yang lembut.

Jadi, jangan disebabkan berus gigi itu comel, anda terus membelinya. Pilih yang lembut untuk kebaikan anak!

3. Selain itu, teknik anak berus gigi juga perlu ibu bapa perhatikan untuk memastikan mereka mengunakan kaedah yang betul. Anak perlu memberus dengan gerakan menegak demi mengelakkan permukaan gigi haus dan mengakibatkan ia ngilu.

penjagaan gigi anak

4. Ibu bapa perlu memastikan anak berus gigi setiap kali bangun dan juga selepas tidur. Amalan ini boleh dikatakan ‘wajib’ diamalkan dalam setiap keluarga. Juga penting untuk ibu bapa ingatkan anak untuk memberus permukaan lidah mereka dengan tujuan menghilangkan bau mulut yang tidak senang.

5. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai penjaga anak. Bawa anak berjumpa doktor gigi setiap enam bulan untuk melakukan pemeriksaan gigi. Ini adalah untuk memastikan gigi anak kekal sihat dan juga mengenali jika terdapat sebarang masalah dalam mulut si kecil mereka.

penjagaan gigi anak

6. Tips yang seterusnya adalah pastikan anak floss gigi mereka setiap malam sebelum memberus untuk menghapuskan makanan yang terlekat di celah gigi. Untuk pengetahuan, makanan yang berada di celah gigi inilah punca mulut berbau. Untuk mengelakkan gusi anak terluka, pastikan anda menyediakan mereka floss yang bersalut lilin.

7. Tips terakhir adalah sediakan anak ubat kumur untuk kesegaran nafas mereka. Penting ya ubat kumur ni. Nafas bau segar, ramai yang senang dekati anak anda!

penjagaan gigi anak

Guna 7 tips ini, pasti anda dapat kekalkan kesihatan gigi anak dalam tahap maksimum. Tanggungjawab ibu bapa adalah menyediakan keperluan anak dalam menjaga kebersihan gigi mereka. Jadi, penting untuk ibu bapa sedar akan peranan mereka sebagai penjaga si kecil ini. Semoga bermanfaat!

Sumber: Utusan TV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×