Percutian

Selain ‘Perang Ketupat’, Ada 7 Budaya Unik Dan Menarik Di Negara Lain Menjelang Aidilfitri!

54
SHARES
budaya unik

Perayaan Aidilfitri disambut bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh negara di dunia seperti Indonesia dan Afghanistan untuk meraikan selepas sebulan menjalani ibadah berpuasa. Menariknya ialah walaupun ia perayaan yang disambut bersama-sama namun pelbagai budaya unik diamalkan menjelang hari penting ini.

Faktor yang menjadikan budaya setiap negara ini berbeza ketika hari raya adalah adat resam yang berlainan, membawa keunikan yang berbeza kepada sambutan Aidilfitri bagi setiap negara. Jika mengetahui dengan lebih terperinci, budaya mereka sangat unik dan menarik untuk dipelajari!

Baca juga: Enak Enak Belaka! Ini Koleksi Menu Hari Raya Wajib Ada Di 7 Negara Islam Di Dunia!

8 BUDAYA UNIK SAMBUTAN AIDILFITRI DI NEGARA LAIN

1. Indonesia

budaya unik

Sebenarnya sambutan Aidilfitri di Indonesia tidaklah jauh berbeza dengan budaya kita di Malaysia namun mereka ada budaya yang sangat unik dikenali sebagai ‘Perang Topat’. Budaya ini bermaksud Perang Ketupat di mana mereka akan berperang dengan ketupat.

Perang Ketupat merupakan budaya yang dijalankan di Lombok, Indonesia dan selalunya akan disambut pada 7 Syawal. Untuk pengetahuan anda, budaya unik ini melambangkan pendamaian antara umat Islam dan Hindu di negara itu. Menarik kan!

2. China

Untuk negara ini pulak, sambutannya agak ringkas. Namun, antara budaya unik yang menjadi signature di sana adalah kunjungan ke perkuburan Sayyid ‘Ajjak. Mereka akan berkunjung ke perkuburan tersebut selepas solat sunat Aidilfitri untuk membaca ayat Al-Quran dan membersihkan pusara Islam itu!

Simple tapi menarik kan kalau ramai-ramai menziarahi pusara yang sama demi satu tujuan!

3. Amerika Syarikat 

Bagi negara yang mempunyai penduduk Muslim sebagai minoriti, solat sunat Aidilfitri dijalankan selama beberapa kali demi menampung jumlah jemaah yang ramai. Ini kerana saiz masjid mereka tidak sebesar dan sebanyak mana berbanding negara penduduk Islam majoriti.

Malah, apa yang bestnya adalah apabila sesetengah masjid menyewa taman untuk memberi peluang lebih ramai jemaah menyertai solat sunat Aidilfitri. Mereka turut mengadakan jamuan makan sepanjang tiga hari untuk bersama-sama menyambut perayaan ini.

4. Arab Saudi

budaya unik

Untuk negara Islam ini, semestinya sambutan Aidilfitri disambut secara besar-besaran dan paling penting sangat meriah! Bukan sahaja diberikan 3 hari cuti umum, tapi Aidilfitri di Arab Saudi bermaksud banyak pertunjukan seni persembahan seperti teater, bacaan puisi, perarakan muzik, tarian dan banyak lagi!

Malah, negara Islam ini juga terkenal dengan budaya di mana pihak lelaki akan menyumbang makanan keperluan kepada golongan yang kurang bernasib baik tanpa pengetahuan si penerima. Budaya unik ini dilakukan secara rahsia. Bestnya kalau experience raya di negara ini kan!

5. Turki

Aidilfitri di negara Turki dikenali sebagai ‘Bayram’. Budaya unik di negara ini setiap kali hari raya adalah mereka akan memakai pakaian tradisi yang dipanggil Bayramlik.

Selain itu, ketika bertemu antara satu sama lain pada hari besar ini, mereka akan mengucapkan Bayraminiz Kutlu Olsun’, ‘Mutlu Bayramlar’ atau ‘Bayraminiz Mubarek Olsun’. Ucapan ini bermaksud selamat merayakan Hari Raya Bayram. Alah, sama je macam kita selalu ucap Selamat Hari Raya Aidilftiri tu!

6. Itali

Kalau di Malaysia kita akan beri duit raya untuk kanak-kanak yang mengunjung kan? Berbeza dengan Itali, kanak-kanak akan diberikan jajan seperti sambutan Halloween. Mereka akan berjalan-jalan dari rumah ke rumah pada hari-hari terakhir Ramadhan dan seperti di Malaysia, kanak-kanak ini perlu bersalaman dengan yang lebih tua sebelum diberikan jajan!

Best jugak kan kalau hari raya dapat jajan. Biasa dengar duit raya je, tapi ini dapat pulak snack untuk makan ketika hari raya. Lagi seronok la kanak-kanak!

7. Afghanistan

budaya unik

Tahu tak apa yang sama dengan Afghanistan dan Malaysia? Sambutan Aidilfitri di negara ini juga tak beza meriahnya, mereka juga mula melakukan persiapan hari raya 10 hari sebelum menjelang perayaan ini untuk memastikan rumah dihiasi dengan indah. Berbeza di Malaysia yang ada rendang, lemang dan ketupat, Afghanistan pula ada Jelabi, Shor-Nakhod dan Cake wa Kolcha!

Selain itu, mereka juga mempunyai sebuah permainan ketika Aidilfitri yang dikenali sebagai ‘Tokhm-Jangi’. Permainan ini dimain oleh kaum lelaki yang membaling telur rebus yang berwarna-warni. Setiap keluarga akan merebus sekurang-kurangnya 200 biji telur untuk dibaling dan pemenang diambil berdasarkan jumlah telur yang tinggal selepas ‘perang telur’ itu tamat. Pemenang adalah siapa yang paling banyak telur. Dah macam sukaneka kan Aidilfitri di negara ini! Menarik betul.

8. India

Malam munculnya anak bulan di negara ini dipanggil ‘Chaand Raat’. Umat Islam akan berkumpul di padang atau kawasan lapang untuk sama-sama melihat anak bulan dan sementara itu mereka akan memakai inai di tangan dan kaki masing-masing. Kalau kita, inai ni selalunya time kahwin je kan!

Selain itu, sama seperti di Malaysia, mereka juga memberi duit raya dan bertukar-tukar manisan sesama kenalan dan saudara.

Unik kan budaya-budaya yang berbeza di setiap negara ini. Ada juga yang sama di Malaysia, namun terdapat budaya yang baru kita pelajari. Konklusinya, Aidilfitri di mana-mana pun disambut dengan meriah oleh setiap umat Islam. Budaya unik inilah yang membezakan keistimewaan setiap negara.

Sumber: Rileklah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×