Nur

10 Perkara Asas Tentang Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan

519
reads
puasa di bulan ramadhan

Dalam beberapa hari lagi, kita akan menyambut bulan puasa, iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, bulan memperbanyakkan ibadah, bulan turunnya Al-Quran, bulan yang tersangat istimewa bagi umat Islam.

Untuk mempersiapkan diri menghadapi bulan Ramadhan, mari kita ulangkaji sedikit sebanyak tentang ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Kenapa Umat Islam Perlu Berpuasa?

Ayat Al-Qur’an yang memerintahkan kaum muslimin untuk melakukan ibadah puasa adalah seperti dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183.

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

Menurut artikel daripada IKIM.fm, ibadah puasa telah difardukan pada 2 Syaaban, tahun ke 2H.

cara solat sunat gerhana matahari

Foto Kredit: sundaymail.co.zw

10 Perkara Asas Tentang Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan

1. Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

2. Hukum Puasa Ramadhan

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi mereka yang memenuhi syaratnya.

Selain puasa di bulan Ramadhan, puasa yang wajib ditunaikan adalah puasa kifarah, puasa nazar, dan puasa ganti (qada’).

cara ganti puasa

Foto Kredit: new-muslims.info

3. Syarat-Syarat Wajib Puasa

Seseorang yang memiliki semua sifat di bawah adalah wajib ke atasnya untuk menunaikan ibadah puasa.

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berupaya (sihat)
  • Bermukim
20 Kaedah Mendidik Anak Cara Islam. Guna Teknik Psikologi!

Kanak-kanak tidak diwajibskan berpuasa, namun eloklah diajarkan puasa apabila sudah mumaiyiz. / Foto Kredit: heliotropisme.com

4. Niat Puasa Ramadhan

Lafaz-Niat-Puasa

persiapan ramadhan

Foto Kredit: postandcourier.com

5. Perkara Yang Disunatkan Ketika Berpuasa

  • Makan Sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
  • Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
  • Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  • Membaca Al-Quran
  • Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

6. Perkara Makruh Dilakukan Ketika Berpuasa

  • Berbekam
  • Mengeluarkan darah
  • Berkucup / bercium
  • Merasa makanan
  • Bersugi selepas gelincir matahari
  • Mencium wangian

7. Perkara Yang Membatalkan Puasa

  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid dan nifas
  • Gila
  • Pitam atau mabuk sepanjang hari
  • Murtad
Mengandung Selepas Bersalin

Foto Kredit: telegraph.co.uk

8. Doa Ketika Berbuka Puasa

 

doa berbuka puasa 1

penawar sakit gastrik

Foto Kredit: bt.dk

9. Bagaimana Jika Tak Mampu Berpuasa?

Antara golongan yang diberi keringanan daripada menjalankan ibadah puasa adalah:

  1. Orang sakit
  2. Orang yang dalam perjalanan (Musafir)
  3. Ibu mengandung
  4. Ibu yang menyusukan anak
  5. Orang tua yang tidak mampu berpuasa
  6. Pekerja yang melakukan kerja berat

Golongan di atas diharuskan ke atas mereka berbuka sekiranya tidak terdaya.

Namun, wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran. Jika tidak mampu juga, diwajibkan membayar fidyah.

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

bayar fidyah online

Foto Kredit: scoopwhoop.com

10. Kifarah Puasa

Seseorang suami yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan melakukan persetubuhan (hubungan seks) maka dia wajib membayar kifarah (denda).

Isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib menggantikan (qada’) puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :

  1. Membebaskan seorang hamba yang beriman
  2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya  berpuasa 2 bulan berturut-turut
  3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.
puasa di bulan ramadhan

Foto Kredit: buffalonews.com

Ibadah Puasa Penuh Hikmah

Setiap yang diwajibkan ke atas seseorang Muslim tentulah mempunyai kebaikan tertentu. Antaranya, melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin serta mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji.

Ibadah puasa di bulan Ramadhan bukan sekadar mengisi kekosongan rohani, malah ia juga mempunyai pelbagai manfaat dari sudut sains. Antaranya, ia membantu merehatkan perut serta usus dan mencegahnya daripada bakteria.

Ternyata, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap makhluknya.

Selamat berpuasa!

Yang Popular

To Top