Ibu bapa mana yang tidak sejuk perut melihat anak yang lembut hati dan berakhlak mulia setiap masa. Ditambah pula pelbagai masalah sosial yang melanda remaja masa kini, kita tercari-cari formula terbaik bagi mendidik serta disiplin anak yang berkesan.
Kita pasti mahu anak kita makan dengan sopan, menghormati orang tua, mendengar cakap dan sebagainya. Mereka akan hidup bersosial dan bergaul dengan masyarakat sekeliling. Mendidik mereka berakhlak mulia amat perlu dimulakan sejak dari rumah lagi.
Persekitaran Memainkan Peranan Penting Bentuk Disiplin Anak
Sebenarnya tiada jalan pintas dalam mendisiplinkan anak-anak melainkan kita memberikan contoh tauladan serta pendidikan berterusan kepada anak-anak. Banyak faktor yang boleh menyebabkan anak-anak tidak berakhlak. Salah satunya ialah mereka tidak dididik dari kecil untuk berakhlak mulia.
Anak-anak yang membesar dengan di kelilingi dengan persekitaran yang tidak baik, lebih cenderung untuk berkelakuan yang sama di masa hadapan. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa memberikan Pendidikan yang terbaik buat anak-anak.
Nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia mestilah disemai sejak mereka kecil lagi. Tanpa kita sedari, terlalu banyak sebenarnya aktiviti yang boleh kita lakukan bersama anak di rumah bagi mendisiplinkan mereka.
Aktiviti yang bakal saya sebutkan ini memerlukan penglibatan ibu bapa bagi memastikan kelangsungan objektif ibu bapa untuk memastikan anak-anak dapat menjadi anak-anak yang berakhlak mulia.

Foto Kredit: sfgate.com
20 Aktiviti Mudah Di Rumah Bentuk Disiplin Anak Sejak Kecil
Aktiviti-aktiviti sebegini nampak mudah. Namun di sebalik pelaksanaannya tersimpan banyak hikmah dan kebaikan untuk anak-anak.
1. Susun kasut
2. Buang sampah ke dalam tong sampah
3. Letak baju kotor di dalam bakul baju kotor
4. Memberi salam ketika masuk ke dalam rumah
5. Basuh kasut sekolah
6. Basuh pinggan dan cawan
7. Simpan barang permainan selepas bermain
8. Susun pinggan waktu makan
9. Basuh kereta bersama ayah
10. Salam ibu dan ayah sebelum ke sekolah dan pulang dari sekolah
11. Tutup suis selepas digunakan
12. Simpan duit dalam tabung
13. Menonton Tv pada waktu yang ditetapkan sahaja
14. Simpan gajet ketika tetamu datang ke rumah
15. Kutip makanan yang jatuh ketika makan
16. Makan bersama di meja makan
17. Tidur pada waktu yang ditetapkan

Foto Kredit: thesleepingminds.com
18. Solat pada waktunya
19. Buang sisa makanan ke dalam tong sampah
20. Minta maaf selepas melakukan kesalahan

Foto Kredit: kidspot.com.au
Melentur Buluh Dari Rebungnya
Nampak mudah pula disiplin anak ni, kan? Tapi, ibu bapa tentu lebih tahu cabaran dalam membesarkan anak-anak.
Jadi, ketika kita memberikan arahan atau menasihati anak-anak untuk melakukan aktiviti ini, santuni mereka dengan hikmah.
Lebih elok jika dimulakan sejak kecil lagi, supaya mereka terbiasa dengan keadaan dan persekitaran yang positif.
Bukan dengan paksaan atau pun kekerasan. Mereka perlu difahamkan bahawa berakhlak mulia itu dicintai Tuhan dan perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas.