Asuh

AWAS! Penceramah Seksualiti Kongsi 7 ‘Sumber Maksiat’ Anak Remaja Mak Ayah Tak Sedar

3
SHARES
anak remaja

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak anak remaja yang terlibat dalam kes berkenaan seksualiti. Mungkin ada dalam kalangan mak ayah yang anggap ini merupakan proses pembesaran kerana dasar ‘ingin tahu’ tetapi sebenarnya tidak. Makin dibiarkan, makin mereka akan hanyut dalam kancah maksiat yang penuh dosa.

Tidak perlu dipersalahkan orang lain kerana ini merupakan 7 sumber maksiat anak remaja yang mak ayah terlepas pandang. Kadang-kadang, semua ini berpunca dari dalam rumah anda sendiri!

Baca juga: Terkenal Dengan Karakter ‘Nakal’, Rupanya Ini 7 Sifat Lain Anak Kedua Yang Ramai Tak Sangka!

7 SUMBER MAKSIAT ANAK REMAJA BOLEH TERPEDAYA, AWAS!

anak remaja

7 sumber maksiat anak remaja yang tak ramai mak ayah tahu. Ini penceramah seksualiti terkenal, Akhi Fairuz yang kongsikan supaya mak ayah lebih peka!

1. Handphone kawan

Berdasarkan komen, ada dalam kalangan mak ayah yang mengatakan anak mereka tahu mengenai permainan ‘game’ adalah melalui telefon rakan yang canggih. Malah, ada perkataan buruk yang mereka belajar semasa ralit main ‘game’ tersebut sedangkan telefon anak hanyalah telefon biasa.

2. Rakan sekelas

Sejak dari zaman dahulu lagi orang mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah punca utama untuk anak jadi elok atau tidak elok.

3. Kawan-kawan sepermainan

Contohnya adalah kawan-kawan di taman permainan semasa bermain pada waktu petang petang di kawasan kediaman. Ada yang ajar bukan-bukan dan turut menyentuh di bahagian tertentu.

4.Rakan rakan di transit

Contohnya rakan transit adalah di tadika. Hal ini kerana ramai yang bercampur dengan budak yang pelik pelik di sana yang kita tidak tahu persekitaran mereka di rumah.

5.Sepupu sepapat sendiri bila balik kampung

Ini juga sangat bahaya terutamanya apabila sepupu itu lebih berusia dari umur anak sendiri. Bila tak dipantau memang boleh jadi sumber kerosakan anak kerana mereka lebih ‘advance’.

6.Handphone mak ayah

Mak ayah yang sudah dewasa semestinya mempunyai akses internet yang luas. Anak boleh akses secara senyap senyap konten pornografi. Jangan terkejut kerana, anak yang baik pun ramai terjebak benda ini!

7.Daripada media sosial influencer/pempengaruh

Ramai dalam kalangan pempengaruh yang bawa budaya couple dan pickupline dan mudah diakses oleh kanak-kanak. Ini yang menjadikan anak masih kecil sudah berfikiran seperti orang tua.

8.Program televisyen/filem

Terutama sekali adalah cerita Barat yang selalu terselit adegan bercium dan aksi panas walaupun dalam cerita animasi kartun yang disangkakan suci.

anak remaja

*Bahaya kalau dibiarkan kerana maksiat ini bukan sahaja merosakkan minda, masa hadapan, malah akidah terhadap agama…

Baca juga: Kisah Bayi 11 Bulan Maut Dirogol & Didera Suami Pengasuh, Diceritakan Semula Ibu & Tokwan, Pilunya Hati…

Sumber: Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×