Asuh

“Mencabar Didik Anak Zaman Sekarang…”- Fokus 5 Benda Ini Supaya Anak Elak Maksiat

29
SHARES
ANAK JAUHI MAKSIAT

Dunia serba moden ini, pasti ibu bapa risau dengan pergaulan anak bersama rakan-rakan. Bagi memastikan anak jauhi maksiat, bukan mereka sahaja perlu berhati-hati, mommy daddy juga memainkan peranan penting.

Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, 5 perkara penting ini perlu dititikberatkan supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara negatif.

Baca juga: 6 Strategi Ajar Anak Bercakap Guna Permainan Bubbles, Baru Makin Petah!

NAK ANAK JAUHI MAKSIAT, IBU AYAH KENA FOKUS 5 BENDA INI

ANAK JAUHI MAKSIAT

5 perkara tersebut adalah:

1. Solat

Mula awal, bagi sebati solat dalam diri sampai dia rasa tak selesa jika tak solat. Solat menjadi perlindung dia di dunia dan akhirat.  Penting!

2. Pendidikan

Didikan memberi pemikiran sedar yang bagus dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran. Jika tak ada pemikiran, itu yang tanpa sedar terjebak dengan benda tak elok.

3. Masa

Mak ayah sibuk macam mana pun, kena jaga masa dengan anak-anak. Jangan biarkan mereka sendirian walaupun anak itu dah besar panjang. Syaitan sentiasa cari peluang untuk bisik kesesatan pada dia.

4. Sokongan

Ibu ayah kena sentiasa memberi sokongan kepada anak. Elakkan kritik melampau, cemuh melampau, nasihat yang melampau sampai anak pun bosan dan tak selesa bila dekat dengan kita.

5. Doa

Tiada yang lebih layak melindungi anak-anak kita melainkan Allah Taala. Jangan pernah lupa berdoa untuk anak kita walau sehari.

Amalkan 5 perkara ini, insyaAllah anak-anak pasti terhindar daripada maksiat dan perkara negatif yang membawa kepada kemungkaran.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.

Baca juga: Anak Kurang Fokus & Tak Minat Bila Suruh Belajar, Cuba Bagi Aktiviti Ini Confirm Suka!

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×