Asuh

Anak Kurang Fokus & Tak Minat Bila Suruh Belajar, Cuba Bagi Aktiviti Ini Confirm Suka!

59
SHARES
ANAK KURANG FOKUS

Antara masalah dihadapi oleh ibu bapa adalah anak kurang fokus sekiranya diberikan tugasan. Hal ini kerana si kecil sudah dibiasakan dengan gajet sehingga membuatkan mereka tidak berminat mengenai pelajaran.

Jadi, bagi mengatasi masalah anak kurang fokus, cuba lakukan aktiviti seperti perkongsian Puan Azila Ghani di bawah.

Baca juga: 6 Strategi Ajar Anak Bercakap Guna Permainan Bubbles, Baru Makin Petah!

KALAU ANAK KURANG FOKUS, IBU AYAH BOLEH BUAT AKTIVITI INI

ANAK KURANG FOKUS

Ibu bapa ambil perhatian, ini berkaitan hasil kerja anak-anak untuk 3 hingga 6 tahun dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar.

Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah dan bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut. Hanya arahkan untuk warnakan bulatan itu sahaja.

Bila sebut pasal fokus, itu merupakan satu kemahiran yang si kecil boleh pelajari melalui bermain penyepit baju, menuang air dari bekas dan lain-lain.

Sekiranya anak:

1. Menconteng & tak ikut arahan 

Itu bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.

2. Warna satu bahagian bulatan sahaja

Ini bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak tidak akan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.

3. Warna seluruh bahagian tapi terkeluar 

Bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.

4. Warna seluruh tanpa terkeluar

Tidak perlu ambil kira faktor kekemasan dan kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna mereka mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukan ke atasnya.

Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenal pasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka.

Fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Ibu ayah perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus dan pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka.

Baca juga: Awas! Ibu Ayah Jangan Suka-Suka Bagi Makanan Ini Dekat Anak, Boleh Bawa Maut!

Sumber: Puan Azila Ghani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×