Kali ini penulis ingin kongsikan cara buat sticker Whatsapp comel-comel dengan menggunakan gambar AI. Tutorialnya mudah dan tidak mengambil masa yang lama.
Lebih menarik lagi, cara dikongsikan di bawah ini boleh menghasilkan pelbagai jenis sticker mengikut kesukaan anda. Hanya perlu jadi kreatif sahaja. Rugi kalau tak cuba!
Baca juga: Sumbangan Tunai Rahmah 2024: Ini Yang Anda Kena Tahu & Jangan Lupa Kemaskini Maklumat
CARA BUAT STICKER WHATSAPP COMEL-COMEL, CUBALAH
Disebabkan ramai sangat yang minta, hari ini saya nak kongsi cara buat sticker Whatsapp. Mudah sahaja.
1. Edit image yang anda inginkan di BING.
2. Save gambar AI tersebut dan edit buang background di Picarts.
3. Selepas dah buang background, simpan gambar dan masukkan wording yang anda inginkan mengikut kesesuaian gambar.
4. Selepas siap letak wording, save gambar dan pergi ke aplikasi sticker maker. Saya guna Top Sticker.
5. Simpan gambar sticker dalam folder. Maksima 5 sticker sahaja. Kemudian, boleh pilih untuk transfer ke Whatsapp.
Siap! Mudah sahaja kan? Harap membantu.
*Untuk pengguna iPhone, antara jalan mudah boleh dicuba adalah simpan gambar AI di galeri telefon. Kemudian, tekan lama-lama dan pilih copy. Paste gambar tersebut di chat Whatsapp.
Wah! Selepas ini macam-macam sticker boleh hantar.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Gambar AI Secara Percuma, Mudah & Comel Sangat!
Sumber: Facebook Azy Muda