Dapur

Resepi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Paling Garing & Senang Je Nak Buat!

1.9K
SHARES
Resepi Roti Bakar

“Apa resepi roti bakar macam kopitiam ya..”

Menu sarapan paling popular dan diminati ramai sudah tentunya roti bakar kaya butter. Walaupun cara membuatnya mudah sahaja, kadang-kadang tetap juga gagal dan tidak setanding seperti dijual di kopitiam.

Jadi, kalau nak buat sendiri roti bakar garing dan sedap boleh ikut resepi roti bakar perkongsian Puan Elina Shuib di bawah. Jangan bakar lama sangat, hangit nanti!

Baca juga: Resepi Kek Batik Simple Kekal Rangup & Tak Lemau, Cukup Rasa Manis Berlemak. Sedapnya!

RESEPI ROTI BAKAR ALA KOPITIAM, GARING DAN SEDAP

RESEPI ROTI BAKAR

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Kaya
  • Butter

Cara penyediaan:

1. Sapukan kaya pada roti dan letakkan sedikit butter.

2. Susun di dalam loyang dan bakar selama 2 minit suhu 150. Jangan terlalu lama, nanti hangit.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini sudah tentunya menjadi kesukaan anak-anak kerana sedikit garing.

Sekiranya inginkan kelainan boleh sapu coklat atau mentega kacang sebelum dibakar.

Walaupun mudah tapi tetap kenyang. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Donut Ball Comel Lembut & Gebu, Nak Lagi Sedap Letak Coklat Macam Ni

Sumber: Facebook Elina Shuib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×