Asuh

Berat Badan Anak Susah Naik, Ibu Ini Kongsi Rahsianya. Menjadi!

12
SHARES

“Susahnya berat badan anak nak naik….”

Antara cabaran ibu bapa sering alami adalah anak-anak susah makan atau tidak mahu makan. Ini merupakan perkara biasa dan sebagai ibu bapa sudah tentunya risau sekiranya kesihatan anak terjejas.

Menerusi perkongsian ibu bernama Ainaa Aqilah di laman Facebook, ada beberapa tips untuk diamalkan apabila anak mengalami masalah susah naik berat badan. Jelasnya, pemakanan merupakan faktor utama dan perlu dititikberatkan. Jadi, ikuti penjelasan lanjut dengan lebih mendalam di bawah.

Baca juga: Ini Contoh 5 Aktiviti Boleh Buat Dengan Anak Usia 2 Tahun Keatas

BERAT BADAN ANAK SUSAH NAIK, IBU INI KONGSI RAHSIANYA

Ini tips-tips penting untuk sediakan makanan bayi dan kanak-kanak yang ada masalah berat badan kurang.

berat badan

1. HIGH CALORIE

– Ada banyak jenis makanan yang high calorie, boleh google list. Okey ni yang pakar pemakanan tekankan dekat saya, dia suruh double or triple kan calorie amount dalam setiap hidangan.

– Walaupun anak makan sikit, tapi dah dpt banyak calorie. Contohnya, biasa masak bubur nasi + ayam + sayur. Saya akan buat pelbagai jenis. (Nasi + kentang) + (ayam + tauhu) + (sayur 2 ke 3 jenis) + bahan perisa yang lain.

– Tekstur bubur pekat, jangan cair. Lepas tu nak tinggikan lagi kalori dia, tumis bawang dan halia dengan unsalted butter. Last sekali, sebelum serve dekat baby, drizzle minyak masak @ olive oil 1 sudu kecil instead of 2 ke 3 titis, 1 sudu fullcreamilk powder / cream cheese (pilih salah 1 je).

2. PROTEIN 

– Pilih ikan-ikan yang berlemak, ada macam-macam jenis tapi saya selalu bagi kembung, sardin, siakap dan tenggiri, kalau bajet lebih boleh bagi salmon atau tuna.

– Ayam pilih yang bahagian banyk lemak dan kulit. Daging lembu pun cari yang bahagian berlemak. Saya bagi anak makan telur setiap hari atleast 1 biji sehari. Kadang-kadang dah buat lauk ayam pun still tambh telur omelet or scrambled (kalau anak tak alergic)

3. PRODUK TENUSU 

– Setiap hari masak apa mesti tambah susu full cream saya guna susu tepung fernleaf je. Senang. Bancuh dengan air suam atau terus masuk je serbuk susu dalam lauk. Dan 1 lagi, cheese cream. Add on 1 sudu dalam makanan baby. Yogurt, selalu guna dalam snacking dia. Contoh buat fruit salad, icecream, milkshake.

4. LEMAK

– Minyak, mentega, ayam bahagian thigh, wing, drumstick, daging dengan lemak, olive oil. Minyak saya guna minyak masak/minyak sawit sahaja. Kalau mommies bajet lebih, beli lah minyak zaitun.

Tumis, dan drizzle. 1 sudu besar untuk tumis. Drizzle 1 sudu kecil. Kalau ikutkan 2 3 titis je kan? Tp disebabkan nak tmbh berat bdn, so mmg lemak saya bubuh extra la.

5. SAYUR HIJAU 

– Apa-apa sayur berdaun hijau.

6. BUAH BUAHAN

– Buah-buahan mostly high calorie. So boleh refer point no 1. Baby yang kurang berat badan kena banyak consume buah. Boleh pelbagaikan hidangan buah. Fruit salad, pie buah, bubur sumsum, aiskrim buah, jus buah, puding.

– Paling senang saya buat mango potong dadu, gaul dengan yogurt dan chia seed. Nak sedapkan lagi, hancurkan cookies baby, taburkan.

– Buah ni sumber vitamins. Awal-awal dulu ada belikan vitamin jenis drop tu, tapi tak bnyk perubahan berat dia. Masih line merah dan kuning. Bila bagi buah fresh, baru berat anak nampk banyk naik.

7. NO FAST/INSTANT/JUNK FOOD

– Yang ni kalau boleh elakkanlah. Instant baby food kalau nk bg sekali sekala boleh je. Cari yang organic. Processed food, jangan bagi lansung. Contoh macam nugget, sosej, daging beger, makanan frozen.

8. KEKACANG 

– Kekacang pun banyak yang high calorie. Tapi kena pantau anak alergic atau tidak. Saya buat peanut butter homemade campur kurma. Makanan yang berasaskan kacang soya pun selalu bagi, tauhu. Buat sayur masak lemak, tauhu campur telur. Fav anak saya.

IDEA MENU UNTUK ANAK

1. Bubur nasi – nasi, ayam, lobak, celery, jagung, tomato, sawi, blackpepper, minyak 1 sudu kecil, butter 1 sudu kecil, titis minyak bijan.

2. Mi/bihun – baby noodle, bawang putih, kuning telur, susu, cream cheese, butter.

3. Creamy pasta – butter, bawang holland, tepung gandum, susu FC, any proteins, mixed herbs, black pepper, any pasta, 1 sudu kecil minyak.

4. Soup cendawan – butter, tepung gandum, susu FC, cendawan, mixed herbs, isi ayam cincang. (Makan dengan roti wholemeal / garlic bread)

5. Telur hancur/telur rebus – butter, telur, black pepper, mashed avocado (makan dgn nasi atau roti)

6. Roti bakar / penkek – pisang, tepung gandum unbleached, telur, oats, susu tepung FC, minyak.

8. Kek keju / burnt cheese cake – cheesecream, telur, susu fullcream goodday, blueberry, tepung gandum 1 sudu.

9. Salad buah – buah yg sesuai, plain yogurt, chiaseed (rendam air susu), cookies crumb.

10.Milkshake – buah yg sesuai, susu full cream, yogurt, ice.

11. Puding/bubur sumsum – tepung beras, susu FC/santan, air, puree buah.

12. French fries – boleh guna kentang / ubi keledek manis, potong size jejari, steam, deep fry or grill, minyak masak, makan saja or bersama ayam bakar.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat buat ibu bapa di luar sana.

Sumber: Facebook Ainaa Aqilah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×