Asuh

Ini Contoh 5 Aktiviti Boleh Buat Dengan Anak Usia 2 Tahun Keatas

5
SHARES

“Saya rasa saya dah tersilap la doktor. Kami ni beli macam-macam mainan. Yang silapnya, saya bagi dia main seorang diri.” 

Itulah luahan seorang bapa kepada Dr Redza Zainol apabila anak berusia dua tahun setengah hanya tahu beberapa perkataan sahaja dan memegang pensel sekali dua sahaja.

Si bapa meluahkan rasa kecewa kerana selama ini dia tidak pernah bermain dengan sekali dengan si anak dan hanya membiarkan anak kecil itu bermain seorangan.

Baca juga: Risau Anak Lambat Cakap Ada Tanda Autisme? Ini 4 Ujian Autisme Mak Ayah Boleh Cuba

INI CONTOH 5 AKTIVITI BOLEH BUAT DENGAN ANAK USIA 2 TAHUN KEATAS

Dr Redza cuba menenangkan meraka dan mencadangkan beberapa aktiviti yang sesuai dilakukan bersama kanak-kanak usia 2 tahun keatas.

Antara aktivitinya adalah:

1. Cabut dan tampal stiker pada kertas besar atau dalam buku kosong. Anak saya suka stiker gambar haiwan, ada yang suka stiker kartun kereta.

– Dapat melatih otot jari, lama-lama jadi cekap nak selak muka surat buku satu-satu dan buka butang seluar/ baju.

– Sambil tampal boleh selit ajar anak pasal bentuk dan warna. Ini perkara penting yang mak ayah boleh terlepas pandang.

2. Ajar anak tendang bola masuk dalam gol. Gol tu boleh guna kerusi.

– Ia dapat belajar seimbangkan badan dan koordinasi badan.

3. Bina menara guna blok kayu/plastik dan kemudian robohkan guna bola.

– Permainan seperti ini selalunya anak suka sebab dapat sepahkan mainan.

– Dapat melatih fokus anak untuk bina menara yang lagi tinggi.

4. Tiup buih sabun dan minta anak kejar untuk pecahkan buih.

– Silap-silap ayah pun join sekali.

5. Sembunyikan batu dalam playdough. Anak kena kopek playdough sampai jumpa batu-batu besar tu.

Ada berpuluh-puluh lagi aktiviti yang kita boleh buat bersama anak supaya perkembangan dia jadi lagi cepat. Jangan lupa luangkan masa bersama anak. Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×