Asuh

Risau Anak Lambat Cakap Ada Tanda Autisme? Ini 4 Ujian Autisme Mak Ayah Boleh Cuba

6
SHARES

Masalah autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Antara kemahiran yang mengalami gangguan akibat daripada autisme ialah pertuturan tetapi agak sukar untuk dikenalpasti.

Hal ini sama seperti perkongsian Dr Redza Zainol di laman Twitter yang menceritakan pengalaman melakukan ujian autisme dan ibu bapa kanak-kanak tersebut menghembuskan nafas lega apabila doktor pakar mengesahkan anak mereka autisme kerana mengalami gangguan pertuturan.

Baca juga: Mak Ayah Kena Buat 9 Perkara Ini Bila Anak Kena Ruam Lampin, Dah Kurang Gatal!

RISAU ANAK LAMBAT CAKAP, INI 4 UJIAN AUTISME BOLEH CUBA

Pada hari tu, ada banyak penilaian yang dibuat oleh doktor pakar. Tapi yang saya nak kongsikan cuma 4 ujian ni.

1. Diminta ceritakan apa yang dilihat dalam gambar yang penuh dengan muka manusia & haiwan

– Bila anak ni tengok gambar, dia terdiam untuk satu tempoh yang lama.

– Kanak autism akan jadi sangat keliru untuk bercerita bila dia terima terlalu banyak maklumat.

2. Gambar orang terkejut

– Dalam gambar ni, dia tak dapat “tangkap” riak wajah manusia yang terkejut. Itulah kanak-kanak autism.

– Mereka tak dapat lihat ekspresi muka manusia yang ada disekeliling mereka.

– Mereka tak tahu kita sedih, marah, atau terkejut.

3. Diberi mainan puzzle

– 2 puzzle sengaja disembunyikan. Tujuannya kami nak lihat cara dia minta sesuatu dari kami.

– Dia tak mampu nak bertanya secara terus tapi menggunakan ibunya sebagai pengantara.

4. Bercerita berdasarkan gambar

– Semasa dia bercerita, kami sengaja hilangkan diri kami. Dia tak perasan doktor dah hilang dan terus bercerita hingga tamat.

– Kanak-kanak autism tak kisah jika mak ayah mereka hilang di tempat awam. Mereka tak ada rasa takut kehilangan tu.

Di hujung konsultasi, doktor pakar memberitahu bahawa walaupun kanak-kanak berkenaan disahkan autism tetapi fikirannya normal. Ini bermakna soalan yang mungkin dia tertanya-tanya setiap hari ialah kenapa nak bercakap kena pandang mata dia.

Yang berbeza cuma cara fikir mereka. Cara fikir mereka ialah minoriti. Cara fikir kita pula ialah majoriti. Nak tak nak, dia kena belajar macam mana nak teruskan hidup dengan cara fikir kita yang majoriti ni.

Sumber: Twitter Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×