Dapur

Resepi Puding Thai Warna Warni, Lembut & Cair Di Mulut.. Confirm Anak Suka!

49
SHARES
PUDING WARNA WARNI

Bosan kan kalau asyik makan puding satu warna sahaja? Apa kata cuba resepi puding warna warni seperti perkongsian Rose Ain Ramli di bawah.

Barulah lebih meriah dan dapat menarik perhatian anak-anak. Nak buat puding warna warni ini mudah sahaja dan tidak memerlukan begitu banyak bahan. Jom cuba.

Baca juga: Resepi Nona Manis Sagu Lemak Berkrim, Lembut Dan Elok Kejadiannya!

RESEPI PUDING WARNA WARNI LEMBUT DAN COMEL SANGAT

PUDING WARNA WARNI

Bahan-bahan:

  • 25 gram serbuk (agar-agar thai)
  • 2000ml air
  • 500ml air kelapa muda
  • 500ml santan (saya guna santan thai)
  • 2 cawan gula pasir
  • 4 helai daun pandan (disimpulkan)
  • Secubit garam
  • 6 biji gula batu

Cara penyediaan:

1. Masuk semua bahan di atas di dalam periuk kecuali santan.

2. Masak sehingga hampir mendidih baru masukkan santan.

3. Masak lagi sehingga sekali mendidih dan tutup api.

4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian untuk diwarnakn mengikut pilihan.

5. Sediakan acuan ,kemuadian masukkan adunan selang seli ,untuk dapatkan warna seperti dalam gambar.

6. Kemudian sejukkan dan simpan di dalam peti ais untuk lebih sedap.

Selamat mencuba. Rugi kalau tak buat.

Baca juga: Resepi Kek Carrot Kukus Guna Sukatan Cawan, Buat Comel-Comel Macam Ni Lagi Senang!

Sumber: Facebook Rose Ain Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×