Dapur

Resepi Roti Pizza Ekspres Untuk Bekal Anak, Mak-Mak Sibuk Kerja Pun Sempat Buat!

32
SHARES
cara buat roti pizza

Menyediakan bekal sarapan buat anak-anak yang bersekolah sebenarnya bukan mudah seperti yang disangka. Hal ini kerana, pengulangan menu yang sama boleh membosankan tetapi tidak jika anda buat roti pizza semudah ABC ini. Ada cara buat roti pizza yang paling cepat dan enak buat si manja seperti perkongsian di bawah.

Mak-mak yang sibuk nak ke tempat kerja masih boleh siapkan bekal sarapan ini dalam sekelip mata!

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Kunyit Macam Nenek Masak, Ada ‘Vibe’ Tahun 90-an!

CARA BUAT ROTI PIZZA PALING CEPAT UNTUK BEKAL ANAK

Nah resepi paling mudah kalau dah tak larat nak masak untuk anak-anak petang karang. Kot nak buat untuk breakfast anak nak pergi sekolah esok pun boleh. Kita buat pizza 4 bahan guna roti gardenia aja. Lepas tu pakai apa yang ada je dekat rumah. Tak payah susah-susah nak cari bahan. Kita yang nak makan kan?

Ok, mari kita tengok bahan untuk pizza 4 bahan ini:

Bahan-bahan:

-Roti gardenia atau apa-apa rotilah nak guna – 2 keping
-Sos – Sepatutnya guna sos tomato/spaghetti tapinya kat rumah ni ada sos cili je
-Chicken Slice – 2 keping
-Nak guna sosej pun boleh, potong nipis-nipis
-Cheese – Tak kisah nak guna mozarella ke, cheese slice ke janji cheese

Ok, jom tengok cara. Mudah amat nak buatnya:

1.Mula-mula sapu sos atas roti. Ikutlah nak letak sos apa pun janji yang kena dengan selera kita.

cara buat roti pizza

2.Lepas tu taburkan cheese secukup rasa nak makan banyak mana.

cara buat roti pizza

3.Letak chicken slice sekeping terus macam ini. Nampak sangat malas nak potong-potong.

4.Letak sekeping lagi roti & sapu sos lagi.

5.Ulanglah step tadi. Letak chicken slice lagi 1 keping.

6.Taburlah cheese lagi.

7.Bakar dalam air fryer yang kau orang lama tak guna tu. Macam lah kita tak tahu. Masa beli kemain cakap nak diet konon tak nak makan goreng-goreng kan, sebab tu beli air fryer. Ok, set suhu 160 & bakar 10 minit. Inilah hasilnya.

*Mudah sangat kan?

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kari, Nampak Biasa Tapi Sedap Tak Boleh Bawa Bincang!

Sumber: Wan N Wan M

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×