Dapur

Resepi Donut Ball Comel Lembut & Gebu, Nak Lagi Sedap Letak Coklat Macam Ni

973
SHARES
RESEPI DONUT BALL SIMPLE

Ibu-ibu nak cuba resepi donut ball simple guna sukatan cawan tak? Resepi ini sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang atau bekalan anak ke sekolah.

Bulat-bulat comel mesti berjaya menawan hati si kecil untuk makan. Resepi perkongsian Niesa Hasan di bawah ini mudah sahaja dan sudah tentunya lembut sampai ke malam. Kalau tak percaya, kena cuba sendiri.

Baca juga: Tips Goreng Ikan Keli Badan Tak Bengkok Dan Kekal Rangup Sampai Malam, Cubalah!

RESEPI DONUT BALL SIMPLE GUNA SUKATAN CAWAN, SEDAPNYA

RESEPI DONUT BALL SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar butter
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji kuning telur
  • Air sejuk 1 cawan (kalau guna mixer)
  • Air suam 1 cawan (kalau uli guna tangan)

Cara penyediaan guna mixer:

1. Campurkan semua bahan kecuali air dalam mixer.

2. Mix dalam 4-5 minit. Kemudian masukkan air dan uli sampai doh tak melekat dekat bowl. Saya mixkan lebih kurang 15-20 minit

3. Rehatkan 30 minit -1 jam, hingga doh naik dua kali ganda dari asal, kemudian boleh start bentukkan. Saya bentukkan guna acuan kuih yang bentuk bulat. Boleh juga bentukkan guna tudung botol

4. Rehatkan 5-10 minit, kemudian goreng mcm biasa.

5. Bila dah nampak garing, toskan. Kemudian boleh salutkan dengan gula kastor atau drizzle kan dengan nutella.

Kalau uli guna tangan, ini caranya: 

1. Campurkan air , gula dan yis. Tunggu sehingga kembang.

2. Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, butter, telur, baking powder – gaul dan jadikan macam serbuk roti.

3. Kemudian masukkan air sikit demi sedikit, uli macam biasa sehingga doh tak melekat di tangan. Air agak-agak sesuai dengan tepung.

4. Kena uli lama sikit untuk dapatkan donut yang lembut dan gebu. Boleh rehatkan ikut cara dekat atas.

5. Kalau nak buat sikit, boleh kurangkan kuantiti kepada separuh adunan. Saya tak letak garam sebab guna slightly salted butter.

Sedapnya! Rugi kalau tak cuba tau.

Baca juga: Resepi Nasi Arab Mandy Paling Lazat, Confirm Bertambah Bila Makan!

Sumber: Facebook Niesa Hasan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×