Bosan juga kan kalau asyik makan nasi lemak setiap hujung minggu? Apa kata ibu-ibu buat sedikit kelainan dengan mencuba resepi nasi arab mandy seperti perkongsian Aisyah Humaira di bawah.
Mudah sahaja nak menyediakan nasi arab dan paling penting rasanya sungguh lazat. Buat anda yang tak pernah cuba, jom buat sendiri di rumah.
Baca juga: Resepi Jelly Ball Viral Comel-Comel, Buat Sendiri Lebih Jimat Dan Puas Hati!
RESEPI NASI ARAB MANDY MUDAH DAN PALING LAZAT
Bahan untuk ayam dan kuah sup:
- 1 ekor ayam potong 4
- 4 biji bawang putih tak perlu hiris
- 1 biji bawang besar potong 4
- 4 keping hirisan halia
- 5 biji lada hitam
- 2 biji kiub pati ayam
- Sedikit garam dan gula
- Sedikit perwarna saffron untuk cantikan warna nasi
- Air secukupnya (untuk masak nasi dan sup)
Cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Rebus hingga ayam masak.
Bahan-bahan nasi:
- ½ kilo beras basmathi (rendam 30 minit toskan)
- Minyak masak
- 3 biji bawang merah tak perlu hiris
- 5 ulas bawang putih tak perlu hiris
- 1 sudu kecil biji lada hitam
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- 3 biji cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 2 sudu besar rempah nasi arab
Bahan kisar:
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- 4 sudu besar sos cili
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan di atas kecuali bahan kisar.
2. Setelah bawang layu masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras dan air rebusan ayam perisakan dengan sedikit garam, gula. Sukat air dan masak nasi seperti biasa.
4. Nasi separuh masak boleh masukan 2-3 batang cili hijau atasnya dan beberapa ketul daging/ayam yang telah dimasak.
Bahan kisar untuk pes ayam panggang:
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- 1 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar rempah nasi arab
- 6 sudu besar minyak masak
- Garam, gula secukup rasa.
– Kisar semua bahan ini dan ratakan pada ayam yang telah direbus tadi lalu panggang/goreng hingga perang siap.
Cara buat salad Arab:
- 3 tangkai daun ketumbar dihiris
- 2 biji bawang merah dipotong dadu
- 1 biji tomato hiris dadu
- ½ batang timun Jepun dihiris dadu
- 1 bekas kecil yogurt plain
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam dan sedikit garam
– Satukan semua bahan di atas dalam satu bekas dan kacau sebati.
Cara buat sos Harrah:
- 2 tangkai daun ketumbar
- 10 biji cili padi merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- 4 keping hirisan halia
- Sedikit air rebusan ayam
- Sedikit perahan lemon, garam dan gula secukup rasa
– Kisar semua bahan di atas.
Sedia untuk dihidangkan menu nasi arab mandy untuk seisi keluarga. Asyik makan hidangan sama pun bosan juga kan?
Selamat mencuba!
Baca juga: Tips Goreng Ikan Keli Badan Tak Bengkok Dan Kekal Rangup Sampai Malam, Cubalah!
Sumber: Facebook Aisyah Humaira