Cara goreng ikan keli badan tak bengkok dan rangup, ada tipsnya seperti perkongsian Ayue Jalal di laman Facebooknya. Petua ini boleh cuba di rumah dan pasti menjadi.
Walaupun nampak mudah tapi ramai juga yang tak berjaya goreng ikan keli tanpa melekat dan badan tak bengkok. Jadi, cuba tips di bawah ini.
Baca juga: Tips Goreng Ikan Cencaru Sumbat Isi Tak Keluar & Sambal Tak Hangus, Elok Kejadiaanya!
CARA GORENG IKAN KELI BADAN TAK BENGKOK & TAK MELEKAT
Nak share sedikit cara ikan keli goreng badannya tak bengkok, mudah sahaja.
Tipsnya adalah:
1. Pilih saiz ikan keli yang sederhana sebab kalau goreng bila mkn krap krup krap rangup. Kalau yang besar sangat kurang sedap sikit.
2. Tips nak ikan keli rangup dan tak melekat sesama sendiri bila goreng, sebelum masukkan ikan, goreng dulu asam keping. Selain itu, lumurkan ikan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Bahan tepung jagung yang menyedap/merangupkan ikan.
3. Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak serta minyak kena betul-betul panas.
4. Semasa goreng jangan terlalu letak banyak sangat. Cukup sekadar 4-5 ekor cukup sahaja.
5. Jika ikan tu ada yang melekat sikit jangan ditarik terus, nanti isi ikan akan terkoyak sekali. Guna gunting untuk memisahkannya, baru cantik.
Punca ikan keli goreng menjadi bengkok adalah:
- Ikan masih half beku lagi dah goreng
- Kuali terlalu kecil
- Minyak tak panas
Baca juga: 7 Senarai Makanan Tak Boleh Masak Guna Air Fryer, Jangan Main Guna Je!
Sumber: Facebook Ayue Jalal