Penggunaan air fryer semakin popular dan hampir ke semua makanan dimasak menggunakan perkakas tersebut. Hal ini kerana lebih mudah dan cepat. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa jangan sesekali masak guna air fryer 7 senarai makanan di bawah ini.
Bukan sahaja boleh cepat rosak malah tekstur makanan juga akan berubah dan tidak sedap. Pastikan anda guna air fryer dengan cara yang betul.
Baca juga: Cara Defrost Ayam & Daging Dengan Betul, Salah Langkah Boleh Jadi Punca Keracunan!
SENARAI MAKANAN TAK BOLEH MASAK GUNA AIR FRYER
1. Telur rebus
Perlu diingatkan bahawa telur rebus tidak sesuai dimasak menggunakan air fryer. Hal ini kerana ia boleh merubah tekstur telur menjadi kenyal.
2. Nasi
Memasak nasi menggunakan air fryer sangat tidak sesuai kerana alat itu bukan digunakan untuk merebus atau mengukus makanan.
Anda juga dinasihatkan agar jangan sesekali cuba menambah beberapa titis air untuk memasak nasi di dalam air fryer. Ia boleh membuatkan beras bertambah keras.
3. Pasta
Pasta tidak boleh dimasak guna air fryer tetapi anda boleh membakarnya sekejap sekiranya ada taburan keju. Ini bertujuan hanya untuk mencairkan keju sahaja.
4. Brokoli
Sesetengah sayur-sayuran boleh dimasak di dalam air fryer tetapi brokoli tidak sesuai kerana akan menyebabkan tekstur berubah menjadi kenyal dan pahit.
5. Popcorn
Snek popular ini tidak boleh dimasak menggunakan air fryer kerana tidak sesuai. Ada baiknya jika dimasak dengan cara biasa untuk mendapatkan hasil yang lebih sedap.
6. Masakan berkuah
Hidangan berkuah seperti sos pasta, sup dan lain-lain tidak boleh dimasak menggunakan air fryer. Ini kerana apabila mengguna suhu terlalu tinggi, kuah tersebut akan rosak dan tidak boleh dimakan.
7. Makanan bersalut batter
Apa sahaja adunan basah termasuk ayam goreng tidak boleh dimasak di dalam air fryer kerana ia boleh membuatkan perkakas anda kotor dan cepat rosak.
Jadilah pengguna yang bijak dan berhemah. Kalau rosak, rugi duit kena beli yang baru.
Baca juga: Cara Simpan Taugeh Untuk Tahan Lebih Lama, Senang Tak Payah Beli Banyak Kali
Sumber: BBC Good Food & Real Simple