Sihat

Nak Diet Tapi Teringin Subway…Ini Kalori & Roti Yang Sesuai Untuk Anda Order!

2
SHARES
kalori roti subway

Kalau tengah berdiet, antara restoran fast food yang menjadi pilihan sudah tentunya Subway kerana ada menyediakan menu sihat dan bersesuaian. Kalau nak tahu kalori roti Subway, di bawah ini penulis kongsikan sebagai rujukan anda.

Barulah boleh diet dengan tenang dan gembira. Tak ada lah cakap kosong sahaja kan?

Baca juga: 13 Makanan Ini Tak Boleh Simpan Dalam Peti Ais, Tapi Ramai Yang Dah Buat

KALAU NAK DIET, KENA TAHU KALORI ROTI SUBWAY

KALORI ROTI SUBWAY

1. Italian white bread

Roti putih asas dengan tekstur lembut. Lebih rendah serat dan nutrien berbanding roti bijirin penuh.

Sekitar 195 kalori, jumlah lemak 2.5 gram.

2. Wheat bread

Tinggi serat, nutrien, baik untuk penghadaman dan mengekalkan berat badan yang sihat.

Sekitar 195 kalori, jumlah lemak 2.1 gram.

3. Kalori roti Subway – Honey oat

Menggabungkan bijirin penuh dan oat untuk kesihatan jantung dengan sentuhan manis madu.

Sekitar 210 kalori, jumlah lemak 2.3 gram.

4. Flatbread

Pilihan rendah kalori tetapi biasanya kurang serat berbanding roti lain.

Sekitar 220 kalori, jumlah lemak 4.5 gram.

5. Kalori roti Subway – Hearty italian

Ini adalah variasi roti Itali asas. Khasiatnya sama dengan Italian white bread tetapi mempunyai rasa yang sedikit berbeza.

Sekitar 200 kalori, jumlah lemak 2.5 gram.

6. Parmesan oregano bread

Menggabungkan roti asas (selalunya putih) dengan rasa keju parmesan dan rempah oregano.

Sekitar 206 kalori, jumlah lemak 2.7 gram.

Jadi, pastikan anda pilih roti yang terbaik untuk diet ok.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tiap Hari Tak Sah Kalau Tak Makan Kentang Goreng Tapi Sebenarnya…

Sumber: Twitter Dillanur_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×