Sihat

Salah Faham Tentang Kolesterol Yang Biasa Orang Anggap Betul

6
SHARES
KOLESTEROL

Kolesterol sering dianggap sebagai penjahat dalam dunia kesihatan kerana ia mendatangkan bahaya tetapi adakah ia benar-benar teruk seperti yang disangka?

Terdapat banyak tanggapan yang salah mengenai kolesterol sehingga boleh menyebabkan kekeliruan. Berikut adalah fakta dan mitos tentang kolesterol yang perlu anda ketahui.

Baca juga: Wanita Berbulu Lebat Pada Tangan, Ghairah Pada Hubungan Intim Lebih Tinggi? Hmm…

MITOS & FAKTA TENTANG KOLESTEROL, BARU TAHU

KOLESTEROL

Mitos: Semua kolesterol adalah tidak baik

Fakta: Kolesterol adalah bahan semula jadi yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan baik. Sebenarnya, hati menghasilkan kolesterol sendiri.

Isu timbul apabila terdapat lebihan kolesterol dalam badan, khususnya kolesterol LDL atau “buruk”, yang boleh terkumpul di dalam arteri dan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Mitos: Semua kolesterol tinggi adalah disebabkan oleh pemakanan

Fakta: Walaupun diet pastinya boleh memberi kesan kepada paras kolesterol, genetik dan umur. Sesetengah orang mungkin mempunyai kecenderungan genetik untuk kolesterol tinggi.

Jadi, penambahan usia boleh menyebabkan paras kolesterol meningkat secara semula jadi. Faktor gaya hidup seperti aktiviti fizikal dan tekanan juga boleh menjejaskan tahap kolesterol.

Mitos: Diet rendah lemak adalah cara terbaik untuk menurunkan kolesterol

Fakta: Walaupun diet rendah lemak tepu dan trans sudah tentu boleh membantu menurunkan paras kolesterol namun pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan lemak sihat yang kaya dengan penting untuk kesihatan diri. Bersenam juga boleh membantu menurunkan tahap kolesterol.

Mitos: Hanya orang tua yang perlu risau tentang kolesterol

Fakta: Kanak-kanak dan dewasa juga boleh mengalami kolesterol tinggi, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi penyakit ini.

GAYA HIDUP SIHAT TIDAK BERMAKNA ANDA SIHAT

KOLESTEROL

Satu kajian yang dijalankan oleh Novartis dengan kerjasama MMA mendapati 92% responden mengakui bahawa perubahan gaya hidup boleh mengawal kolesterol dan 28% memegang tanggapan salah bahawa berat badan yang sihat menjamin tahap kolesterol yang rendah.

Kesimpulannya, kolesterol adalah topik yang kompleks dengan banyak mitos dan salah tanggapan. Dengan memahami fakta tentang kolesterol, anda boleh mengambil langkah untuk menguruskan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Baca juga: Bukan Setakat Sedap & Manis, Buah Mata Kucing Rupanya Banyak Khasiat Untuk Tubuh Badan

Sumber: Twitter MedTweetMY

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×