40 Minggu

11 Jenis Buah Yang Terbaik Untuk Ibu Mengandung, Jangan Tinggal!

25
SHARES

Pemakanan yang sihat semasa hamil adalah penting bagi memastikan kesihatan bayi dalam kandungan juga terjaga. Bukan sahaja mengamalkan petua-petua pemakanan secara tradisional, malah makanan seperti buah-buahan juga amat penting dalam diet seharian si ibu. Ada yang mengatakan terlalu banyak makan buah pun tidak boleh dan akan memberi kesan kepada ibu hamil.

Oleh itu, jangan risau kerana anda boleh amalkan pengambilan 11 jenish buah ini yang memang terbaik buat ibu mengandung.

Baca juga: 8 Jenis Buah Bagus Untuk Otak Anak Supaya Tak Mudah Lupa

11 JENIS BUAH YANG TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Ibu mengandung tak boleh tinggal buah.

Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat, bergantung pada apa yang ibu makan. Sebab tu kena pilih makanan yang baik-baik untuk dibawa masuk ke perut, supaya anak dapat khasiatnya sama.

Tinggalkan makanan tinggi proses waktu mengandung. Akan beri kesan pada anak sedikit sebanyak jika ibu tak ambil kisah apa yang dimakan. Semua jenis buah bagus untuk ibu mengandung selagi mana ambil dalam kuantiti yang sederhana dan tak berlebihan. 11 jenis buah ni, antara yang baik untuk ibu mengandung. Boleh cuba makan dalam tempoh 9 bulan mengandung k.

1. Pisang

Pisang bagus sangat tau, cari yang masak ranum.

Ada pottasium, untuk elakkan kaki cramp dan lenguh waktu mengandung.

2. Kiwi

Tinggi kandungan folate, untuk pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang anak.

3. Jambu batu

Vitamin C dan antioksida, baik untuk kesihatan ibu secara umum.

4. Epal

Kandungan fiber, baik untuk usus dan kurangkan risiko sembelit.

5. Pear

Tinggi fiber jugak yang ini, bagus untuk usus dan mudahkan ibu membuang.

6. Delima

Ada folate dan iron, kurangkan risiko anemia pada ibu dan untuk pertumbuhan saraf tunjang anak.

7. Avokado

Choline bagus untuk pertumbuhan otak dan saraf anak dalam kandungan.

8. Berries

Tinggi vitamic C, bantu penyerapan iron yang lebih sempurna buat ibu, dan elakkan anemia.

9. Tembikai

Banyak kandungan air dan mineral, magnesium mampu untuk regangkan otot ibu, kekalkan hidrasi jugak.

10. Mangga

Tinggi vitamin C dan fiber, elakkan sembelit buat ibu mengandung.

11. Oren

Folate pun ada dalam oren, bagus untuk pertumbuhan sistem saraf anak.

Ibu mengandung boleh cuba ok. Banyakkan hidangan buah dalam sehari. Sekurangnya 2 atau 3 kali sehari. Gantikan makanan kurang sihat, dengan buah yang pasti lebih sihat buat ibu dan anak dalam kandungan.

Nak ajar anak makan sihat, sebenarnya bermula dari kita sendiri ibu dan ayah. Anak tengok, sampai masa diorang follow je.
Kita cuba sama-sama ya.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×