Sihat

Wanita Berbulu Lebat Pada Tangan, Ghairah Pada Hubungan Intim Lebih Tinggi? Hmm…

3
SHARES
wanita berbulu lebat

Adakah anda salah seorang wanita berbulu lebat di beberapa bahagian badan seperti tangan dan kaki? Keadaan ini dipanggil hirsutisme dan antara puncanya adalah peningkatan hormon testosteron.

Ramai mengatakan bahawa wanita berbulu lebat, keghairahan lebih tinggi berbanding biasa. Adakah itu benar atau ia hanya mitos sahaja? Ikuti ulasan lanjut di bawah.

Baca juga: Period Datang 2 Kali Sebulan Bukan Perkara Normal, Anda Mungkin Ada Masalah Kesihatan!

PUNCA WANITA BERBULU LEBAT LEBIH TINGGI NAFSU SEKS

wanita berbulu lebat

Hirsutisme mungkin disebabkan oleh:

1. PCOS

PCOS boleh mengakibatkan pertumbuhan bulu secara berlebihan, haid tidak tertatur dan ketidaksuburan. Kira-kira 10% daripada populasi wanita dengan bulu lebat mempunyai masalah ini.

Ini bermakna, sekiranya anda memiliki bulu berlebihan mungkin ia disebabkan oleh PCOS.

2. UBAT-UBATAN

Pertumbuhan bulu pada bahagian badan atau muka secara berlebihan juga boleh disebabkan oleh pengambilan mana-mana ubat berikut:

  • Minoxidil, yang digunakan untuk merangsang pertumbuhan bulu
  • Steroid anabolik, yang merupakan variasi sintetik testosteron
  • Testosteron, yang boleh diambil sekiranya kekurangan testosteron
  • Cyclosporine, iaitu ubat imunosupresan yang sering digunakan sebelum pemindahan organ

3. PENINGKATAN HORMON TESTORERON & ANDROGEN 

Pengeluaran hormon steroid yang tidak normal oleh kelenjar adrenal, termasuk hormon kortisol dan androgen.

4. KANSER

Walaupun jarang berlaku tetapi kanser yang menghasilkan hormon androgen daripada ovari atau kelenjar adrenal juga boleh menjadi sebab mengapa wanita mempunyai bulu berlebihan.

5. SINDROM CUSHING

Sindrom cushing berlaku apabila badan mempunyai jumlah hormon kortisol yang tinggi.

Selain daripada hasil pengeluaran hormon kortisol yang berlebihan daripada kelenjar adrenal, keadaan ini juga boleh disebabkan oleh penggunaan jangka panjang ubat-ubatan tertentu, seperti prednison.

BETUL KE BULU LEBAT TINGGI NAFSU SEKS?

WANITA BERBULU LEBAT

Sari van Anders, pakar neuroendokrinologi dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat, menyatakan bahawa keinginan untuk melakukan hubungan seks dan beronani adalah dua perkara yang berbeza.

Persoalannya, benarkah jika perempuan berbulu lebat, nafsu syahwat juga akan tinggi? Testosteron yang tinggi pada wanita mempunyai kaitan dengan minat atau dorongan seks.

Teori ini diperkukuh oleh kajian yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. Pasukan penyelidik melaporkan bahawa wanita yang mempunyai testosteron tinggi mempunyai minat yang lebih besar untuk beronani daripada melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka.

Walau bagaimanapun, hormon yang berlebihan atau terlalu kerap melakukan hubungan seksual sebenarnya akan membuatkan wanita itu kehilangan nafsu syahwatnya.

Jadi, wanita yang berbulu lebat tidak semestinya mempunyai nafsu yang tinggi.  Konklusinya, dapatkan rawatan doktor sekiranya anda mempunya masalah libido terlalu tinggi atau terlalu rendah sehingga mengganggu kehidupan dan kesihatan seksual. Jangan biarkan!

Baca juga: “Aik? Kenapa Payudara Saya Tak Sama Saiz?”- AWAS! Anda Mungkin Ada Tanda Kanser

Sumber: Mayo Clinic, Netral News & Hello Sehat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×