Sihat

Tidur Malam Boleh Terganggu Bila Sakit Kaki, Tak Sangka Tabiat Ini Punca Utamanya!

11
SHARES
keburukan berkaki ayam

Sudah menjadi kebiasaan sekiranya di rumah pasti ramai yang tidak memakai selipar dan hanya berkaki ayam sahaja. Tahukah anda bahawa antara keburukan berkaki ayam boleh menyebabkan tapak kaki sakit seperti perkongsian Dr Malar di laman TikToknya.

Menurut Dr Malar, tapak kaki memang tidak dicipta oleh Tuhan untuk berjalan di atas permukaan keras seperti simen ataupun mozek. Ini kerana ia akan menyebabkan rasa sakit di bahagian tapak kaki terutama tumit pada waktu malam sekiranya berjalan seharian ketika waktu siang.

Baca juga: Nak Hilangkan Lebam Tuam Guna Ais Atau Haba? Ini Jawapan Pakar

KEBURUKAN BERKAKI AYAM DI RUMAH, PATUTLAH ASYIK SAKIT KAKI

KEBURUKAN BERKAKI AYAM

Struktur kehidupan zaman moden ini, hampir semua rumah akan menggunakan mozek, simen. Walau bagaimanapun ia tidak sesuai kerana permukaan keras menyebabkan tapak kaki sakit.

Bagi mengelakkan tapak kaki sakit pada waktu malam, Dr Malar ada berkongsi tips yang boleh dipraktikkan iaitu sekiranya berada di rumah jangan sesekali berkaki ayam tetapi belilah selipar untuk dipakai supaya tapak kaki tak sakit.

Tambahnya juga, pastikan tapak selipar agak tebal sedikit dan pemakaian bed slipper perlu dielakkan kerana nipis tidak memberikan support yang cukup.

KEBURUKAN BERKAKI AYAM

Fungsi memakai selipar tebal di dalam rumah bertujuan untuk memberikan sokongan terhadap tapak kaki terutamanya di musim tengkujuh.

Jadi, bolehlah beli selipar untuk ahli keluarga dan diri sendiri supaya tapak kaki dapat dijaga dengan betul. Barulah tidur malam lebih lena.

Sumber: TikTok Dr Malar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×