Sihat

Guna Bola Tenis Rupanya Boleh Legakan Sakit Belakang & Tapak Kaki, Baru Tahu…

26
SHARES

“Adui, sakitnya tapak kaki ni. Nak pijak pun tak boleh…”

Pernah tak anda mengalami masalah sakit tapak kaki seperti situasi di atas? Biasanya, masalah tersebut boleh berlaku apabila berat badan berlebihan dan berjalan terlalu jauh sehingga menyebabkan sakit belakang dan tapak kaki.

Nak tidur malam pun susah dek kerana tidak selesa dan pelbagai urutan sudah dicuba namun, masih juga tidak melegakan kesakitan itu. Apa kata anda cuba teknik yang dikongsi oleh Public Health Malaysia di laman Facebook iaitu dengan menggunakan bola tenis untuk mengurangkan sakit tapak kaki.

Baca juga: Tiba-Tiba Kaki Cramp! Ini Cara Hilangkan Sakit Otot Kejang, Memang Lega

GUNA BOLA TENIS RUPANYA BOLEH LEGAKAN SAKIT BELAKANG & TAPAK KAKI

Mula mula buat sakit, tapi lama lama rasa sedap dan lega! Sesiapa yang ada masalah sakit tumit, sakit dibahagian bawah belakang dan otot otot betis yang tegang boleh cuba.

1. Duduk tegak dan kaki di permukaan lantai.

2. Letakkan bola tenis atau massage ball di bawah tapak kaki.

3. Perlahan-lahan, golekkan bola tenis ke depan dan ke belakang.

4. Lakukan selama 3 minit.

5. Kemudian, ulang pada kaki yang sebelah pula.

Memang lega dan menjadi. Anda patut cuba di rumah sekiranya mengalami masalah sakit belakang dan tapak kaki.

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×