Rumah

Nak Awning Rumah Nampak Lebih WOW! Nah, Ini 9 Idea Untuk Anda!

70
SHARES
jenis awing rumah

Cuaca panas dan hujan yang tak menentu di negara kita ini menyebabkan kebanyakan tuan rumah memilih untuk memasang awning rumah di hadapan atau belakang rumah kerana mudah untuk menjemur baju dan parking kereta. Memandangkan jenis awning rumah ada banyak, jadi tuan rumah boleh pilih sendiri mengikut bajet dan selera supaya lebih puas hati.

Kalau pening dan tak tahu nak pilih macam mana, di bawah ini kami kongsikan jenis awning rumah yang anda boleh pilih dan nilai terlebih dahulu sebelum membuat tempahan di kedai. Kalau salah pilih nanti menangis pula.

JENIS AWNING RUMAH PALING POPULAR, JANGAN SALAH PILIH

Awning ini boleh dibuat menggunakan pelbagai jenis bahan bergantung pada bajet dan selera tuan rumah. Berikut adalah jenis-jenis awning:

1. METAL DECK

JENIS AWNING RUMAH

Awning jenis ini adalah diperbuat menggunakan PPGI, zincalume ataupun aluzinc dengan ketebalan yang berlainan. Lagi tebal, lagi tahan lama dan tahan kemek apabila seseorang naik ke atas untuk kerja ataupun melakukan kerja penyelenggaraan seperti servis compressor pendingin hawa. Ia lebih bising apabila hujan. Sebaiknya dipasang satu keping panjang tanpa sambungan untuk elakkan bocor.

2. CLIP LOCK SYSTEM

JENIS AWNING RUMAH

Ia diperbuat daripada PPGI, zincalume ataupun alurzinc di mana tidak mempunyai sebarang skru di bahagian atas. Hanya mempunyai klip yang terletak di bawahnya dan dipasang dengan meletak kepingan bumbung ini atas klip. Bumbung ini sesuai untuk kadar kecerunan yang rendah. Jenis ini tidak sesuai untuk dibuat sambungan secara memanjang.

3. POLYURETHANE FOAM ROOF (PU FOAM) 

JENIS AWNING RUMAH

Ia mempunyai pelbagai jenis kombinasi seperti PU PVC, PU Metal serta PU Aluminium. Jenis ini kurang sikit bising semasa hujan berbanding dengan metal deck biasa.

4. POLYCARBONATE 

JENIS AWNING RUMAH

Polycarbonate mempunyai 2 jenis iaitu jenis hollow dan solid. Ia diperbuat daripada plastik. Jangka hayat polycarbonate adalah lebih kurang 5 tahun. Apabila mula rosak, ia akan reput disebabkan oleh kesan UV dan jatuh sedikit demi sedikit. Semasa petang, anda akan dengar bunyi klik klak sebab ia sedang mengembang dan mengecut. Ada jenis panas dan ada juga jenis yang tidak terlalu panas.

5. FIBRE SIMEN

Ia adalah jenis bahan lama yang datang dalam kepingan yang besar. Kebaikannya adalah tidak bising semasa hujan tetapi apabila ditiup angin, akan terangkat sedikit demi sedikit kerana tukang menggunakan paku untuk memaku pada rangka kayu menyebabkan bahagian paku akan bocor. Perlu berhati-hati semasa berjalan di atasnya terutamanya bumbung yang telah lama dipasang. Kalau silap pijak, boleh jatuh ke bawah.

6. CORRUGATED POLYCARBONATE TRANSPARENT ROOF SHEET

Kebiasaannya digunakan apabila inginkan kadar cahaya yang banyak. Sesuai sekiranya anda ingin menjadikan tempat sidai kain kerana ia amat panas. Cuma ia tidak tahan lama. Lebih kurang 3 tahun akan mula rapuh. Lagi teruk sekiranya terdapat kucing atau musang yang suka bersantai di atasnya, maka kemungkinan ia akan retak adalah lebih tinggi.

7. KACA (SKYLIGHT)

Kaca jenis tempered biasanya digunakan jenis yang double layer. Ia dipasang kerana tuan rumah ingin menikmati kadar cahaya yang cukup, nampak lebih kelas serta boleh menikmati keadaan sekeliling yang indah. Kekurangannya adalah mudah kelihatan sekiranya terdapat kotoran di atasnya serta amat panas. Selain cahaya,  akan menyebabkan kawasan di bawahnya panas.

8. SUN SHADE

Ia boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Ada yang diperbuat daripada kain dan ada yang diperbuat daripada PU polyester. Ada jenis yang diikat pada cangkuk khas manakala ada juga boleh dilipat menggunakan kawalan remote ataupun dipasang pada rangka khas. Cuma jenis ini akan berlubang di sana sini selepas satu ketika bergantung pada kualiti bahan yang digunakan.

9. ALUMINIUM COMPOSITE PANEL (ACP)

ACP diperbuat daripada kepingan aluminium dan dibahagian tengahnya adalah low density polythene. Ia tahan dengan keadaan cuaca dan tidak sebising seperti Metal deck semasa hujan.

Jadi, yang mana satu awning pilihan anda untuk rumah nanti? Pilih, jangan tak pilih…

Sumber: Facebook Lee Wai Wan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×