Deko & Hias

Tips Reka Bentuk Dapur Terbaik & Selesa, Barulah Hati Isteri Gembira

21
SHARES

Ruang dapur bukanlan sekadar ruang untuk memasak dan makan malah ia juga merupakan tempat berkumpul bersama keluarga sambil menikmati hidangan makanan lazat.

Justeru, reka bentuk dapur memainkan peranan penting supaya boleh memasak dan makan dengan keadaan pengudaraan yang baik. Untuk lebih jelas dan mahukan tips reka bentuk dapur terbaik, jom baca perkongsiaan Azizul Azli Ahmad di laman Facebooknya. Dapur cantik, isteri nak masak pun gembira. Betul tak?

Baca juga: Ini 5 Perkara Penting Anda Kena Ambil Tahu Sebelum Bina Rumah Idaman Atas Tanah Sendiri

TIPS REKA BENTUK DAPUR TERBAIK & SELESA, BARULAH HATI ISTERI GEMBIRA

1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.

2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk kedapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.

3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar. Nyaman dan selesa waktu potong bawang.

4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah. Mudah dicuci bila ada yang tumpah.

5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.

6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya didapur kita.

7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan jiwa isteri kita.

8. Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk. Semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.

9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.

10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan.

Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, disana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita. Kebahagian seorang isteri bila masuk kedapurnya yang selesa dan cantik berseri.

Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×