Impian setiap orang pasti mahu mempunyai rumah sendiri dan dibina mengikut citarasa tersendiri. Hal ini kerana rumah merupakan tempat berteduh dan sudah tentunya kita mahu keselesaan yang berpanjangan.
Bagi anda yang bercadang mahu membina rumah impian di atas tanah sendiri, berikut merupakan 5 perkara penting perlu dititikberatkan supaya rumah impian tidak punah dek kerana tersalah susun atur. Ikuti penerangan lanjut dikongsi Azari Mat Yasir.
Baca juga: 7 Tips Masuk Rumah Baharu Anda Kena Tahu, Baru Tak Menyesal
5 PERKARA PENTING KENA AMBIL TAHU SEBELUM BINA RUMAH
Antara soalan popular di grup Tukang Apa Hari Ini ialah “Macamana nak mula design rumah sendiri di atas tanah kosong?”. Respon tipikal biasanya terdiri dari “Berapa bajet?” dan “Area mana?”
Jadi kat sini aku nak kongsikan antara benda-benda asas yang seorang arkitek akan bantu ketika merekabentuk rumah idaman anda – menentukan orientasi (arah/hala) rumah anda.
1. MATAHARI
Kalau kat negara-negara di hemisfera utara/selatan, mereka memang gemar mengadap matahari. Ini kerana iklim mereka yang sejuk dan mendapat matahari terik pada musim panas sahaja. Tapi kita di khatulistiwa, kalau boleh nak lari dari matahari ni.
Rumah yang mengadap matahari terbenam akan terlajak panas. Walaupun kita hadang dengan dinding, nanti dinding tu sendiri menyerap haba dan menjadi radiator pada waktu malam. Tu pasal kekadang rumah kita bahang sampai ke tengah malam (walaupun semua orang solat tak pernah tinggal).
2. JALAN MASUK
Ini dah jadi kebiasaan orang Malaysia, rumah mesti nak mengadap jalan masuk. Padahal ini bukan amalan tradisi kita. Banyak rumah-rumah kampung sebenarnya tak mengadap jalan masuk pun. Habis, dari mana datang pesen ni?
Dari kebiasaan melihat rumah teres. Semua rumah teres memang mengadap jalan. Ini untuk membolehkan developer memaksimumkan ruang yang ada untuk menjual seberapa banyak unit rumah pada tanah yang ada.
Jadi susunan yang efisien bermakna rumah kita mengadap jalan, dengan pintu pagar dan porch tercatuk di depan rumah.
Soalan saya: Seronok ke duduk rumah mengadap kereta? Kenapa tak mengadap laman atau pemandangan yang cantik? Jadi bila kita design rumah sendiri di atas tanah kosong dan lapang, fikirkan aspek ini. Kita tak perlu mengadap jalan raya!
3. KONTEKS
Bila buat rumah, jangan tengok pelan sahaja. Arkitek memang dah fasih dan faham tentang ‘respon kepada konteks’. Tapi ia jarang dibincangkan dengan klien, hinggakan ia kerap dianggap sebagai ‘specialised, elitist knowledge’. Benda ni simple aje sebenarnya.
Cuba fikir, bila bangun pagi dan bukak tingkap, kita nak mengadap apa sebenarnya? Pemandangan bukit bukau berbalam2, atau bas sekolah kepunyaan jiran yang tengah panaskan enjin dengan asap berkepul-kepul?
Bila kita ada tanah, lihat sekelilingnya. Kalau boleh duduk (berkhemah) di tanah tu seminggu, perhatikan apa yang berlaku di sekelilingnya.
Pastikan tak ada silau dari bangunan jiran dan elakkan design yang membolehkan jiran menjenguk ke dalam rumah kita dari balkoni dia.
4. AGAMA / SPIRITUALITI
Ini pun penting juga. Ada orang bermatian2 nak rumah dia mengadap kiblat. Sebenarnya tak wajib mengadap kiblat, cuma ia memudahkan nak berjemaah kalau ruang tu selari dengan kiblat.
Bukan seluruh rumah kena hadap kiblat, cukuplah satu dinding/ruang yang selari atau serenjang dengan kiblat. Islam itu mudah.
Begitu juga dengan aspek-aspek lain.
Ada orang percaya dengan Feng Shui. Aku tak percaya, tapi aku tahu macamana nak design dengan Feng Shui. Kenapa aku belajar Feng Shui? Pasal kalau rumah tu ikut/mesra Feng Shui, boleh jual lagi mahal maaa.
5. PEMANDANGAN
Ini tak payah cerita banyak. Kalau tanah kau mengadap tasik, maka itulah orientasi rumah kau. Tak kiralah ia membelakangkan jalan ke, rumah jiran ke, balai polis dan sebagainya, pemandangan yang indah tak dapat dinikmati oleh semua orang.
Sekurang-kurangnya, di masa akan datang boleh dijadikan homestay dengan ciri-ciri yang menarik! Tapi tolong bincang dengan arkitek untuk memanfaatkan pemandangan yang cantik.
Rumah yang kita bina bukan untuk duduk 2-3 tahun. Rancanglah 20-30 tahun akan datang. Arkitek boleh design semua tu, itu memang kepakaran arkitek.
Sebenarnya ada banyak tugas arkitek ni, tapi ini secebis sahaja. Banyak lagi aspek design yang perlu dititik-beratkan. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh pemilik2 tanah yang bakal membina rumah satu hari nanti.
Sumber: Facebook Azari Mat Yasir