Sihat

Nak Hilangkan Lebam Tuam Guna Ais Atau Haba? Ini Jawapan Pakar

18
SHARES
cara hilangkan lebam

“Untuk hilangkan lebam, sebenarnya kena tuam dengan panas ke sejuk?”

Itulah soalan yang sering diterima oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan apabila di klinik kerana masih ramai yang keliru sama ada perlu tuam menggunakan ais atau haba untuk hilangkan lebam dan bengkak.

Tuam ais dan haba memberi kesan yang baik kepada pemulihan kecederaan. Namun perlu tahu bila perlu gunakan tuam ais, bila pula tuam haba lebih sesuai digunakan.

Baca juga: Tips Hentikan Hingus Anak Meleleh 24 Jam Guna Kunyit, Confirm Mujarab!

NAK HILANGKAN LEBAM TUAM GUNA AIS ATAU HABA?

lebam

Tuam ais, atau cryotherapy sesuai untuk kecederaan akut(baharu terjadi) seperti terhantuk, dipukul, terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang, dan sebagainya.

Rawatan ini memanfaatkan reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. Reaksi ini akan menyebabkan penurunan bekalan darah dan secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan. Hal ini mengekang pembentukan bengkak yang teruk.

Selain itu, tuam ais dapat menurunkan aktiviti saraf. Ini boleh memberi kesan kebas lantas mengurangkan kesakitan kepada kawasan kecederaan.

Oleh yang demikian, tempoh yang sesuai untuk tuaman ais adalah pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku dan 1 hari berikutnya.

CARA TUAMAN AIS & HABA DENGAN BETUL

1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil.

2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit.

3. Ulang langkah 2 selama 4 kitaran.

Boleh ulang set ini 2-3 kali sehari. Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf.

Tuam haba, atau thermotherapy pula sesuai kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dam sengal otot. Contoh: silap bantal dan simpul biawak.

Haba memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merelakskan otot dan melegakan kesakitan kekejangan otot. Selain itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi efek yang selesa selain mempercepat proses pemulihan.

Tuam haba sesuatu dibuat pada hari ke-3 dan seterusnya selepas kecederaan. Cara-cara lakukan tuaman haba:

1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.

2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika.

3. Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.

Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit.

Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar. Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×