Sihat

Tips Hentikan Hingus Anak Meleleh 24 Jam Guna Kunyit, Confirm Mujarab!

16
SHARES

PETUA HILANGKAN SELSEMA ANAK

Masalah selsema dan batuk sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan itu sudah tentunya merisaukan ibu bapa kerana menganggu keselesaan si anak. Pasti pelbagai tips sudah dicuba tetapi tetap juga tidak menjadi. Buat ibu bapa di luar sana, berikut merupakan tips untuk hentikan lelehan hingus anak. Memang menjadi!

Baca juga: Bahaya Ubat Tahan Sakit, Doktor Pesan Jangan Ambil Secara Berlebihan!

TIPS HENTIKAN HINGUS ANAK MELELEH 24 JAM GUNA KUNYIT

Semenjak jadi ibu, saya belajar macam-macam cara terbaik kalau anak jatuh sakit. Syukur sangat Allah bagi saya mula kenal sakit dulu sebelum kelahiran anak pertama saya (gambar ini adalah anak kedua saya). Dari situ saya banyak belajar kaedah alternatif selain perlu ambil ubat.

Resepi minyak kunyit untuk hentikan hidung berair (running nose) anak:

– 1sk minyak kelapa dara organik.

– 1sk air kunyit hidup (kunyit hidup yang digosok di tepi lesung batu hingga ia keluarkan air)

Gaul sebati, sapu atas batang hidung anak.

Hidung anak saya berair non stop sebab berjangkit dengan sepupunya, saya sapu minyak kelapa dara campur sedikit kunyit sapu atas hidung terus berhenti leleh tu lepas 4 jam.

bayi selalu muntah

Cuma satu je saya perasan, anak-anak kecil yang kerap batuk demam selsema lagi kerap bagi ubat lagi kerap berulang simptom yang sama. Kalau anak itu ada ekzema, ekzema pun mengganas sekali berulang kali. Bila nak habis cycle begini.

Kalau kerap beri ubat tiba-tiba nak cuba kaedah alami, memang awalnya suhu anak batuk anak lambat baik (kesan lambat, tapi sabar ia akan mula bekerja merawat badan anak)

MINYAK BAWANG PUTIH UNTUK LEGAKAN BATUK

Cara saya treat batuk anak-anak pula, saya suka buat minyak zaitun campur bawang putih bakar sangai tanpa minyak.

Ketuk 2 ulas bawang putih, sangai dalam. kuali tanpa minyak hingga ada kesan burnt sikit.

Letakkan burnt garlic dalam bekas, tuang 1sb Extra Virgin Olive Oil (saya guna Olivie dari Olive House)

Dah sejuk, sapu dada anak malam-malam.

Maaf bilik tidur anda akan busuk bau bawang putih, suami saya yang bising sebab busuk pun suka kaedah ini untuk senyapkan anak yang batuk tak henti akhirnya.

2 hari dah sembuh dan Alhamdulillah. Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Mizhana Padzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×