Sihat

Bahaya Ubat Tahan Sakit, Doktor Pesan Jangan Ambil Secara Berlebihan!

3
SHARES

Pasti ramai dalam kalangan anda jika mengalami masalah sakit gigi, kepala, otot dan lain lain akan makan ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan.

Ubat tahan sakit atau dikenali sebagai analgesik boleh didapati melalui preskripsi atau bukan preskripsi. Jenis-jenis ubat analgesik merangkumi paracetamol (juga dikenali sebagai acetaminophen), non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan opioid.

Baca juga: 8 Jenis Makanan Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang Amalkan

BAHAYA UBAT TAHAN SAKIT, JANGAN AMBIL SECARA BERLEBIHAN

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kerosakan hati.

ubat tahan sakit

Paracetamol boleh diperolehi tanpa preskripsi doktor. Ia digunakan untuk merawat demam and kesakitan ringan hingga sederhana. Ia tidak mempunyai aktiviti anti-radang, dengan itu tidak mempunyai kesan dalam melegakan bengkak sendi, simptom biasa dalam penyakit artritis.

NSAIDs ialah satu kelas ubat yang mempunyai kesan anti-radang dan penurunan suhu badan selain kesan analgesik (melegakan kesakitan). Contoh-contoh ubat NSAIDs adalah Ibuprofen, indomethacin, naproxen, diclofenac, aspirin, ketorolac, mefenamic acid, ketoprofen, meloxicam, celecoxib and etoricoxib.

Opioid adalah satu lagi kelas ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana hingga teruk. Opiates, seperti heroin, codeine, atau morphine adalah bahan terbitan semulajadi alkaloid ini. Opioid ialah versi sintetik opiate dan mempunyai kesan perubatan yang sama dengan opiate. Contoh-contoh opioid adalah fentanyl, pethidine, dihydrocodeine, oxycodone, methadone, tramadol dan lain-lain.

KESAN SAMPINGAN UBAT ANALGESIK

1. Paracetamol 

ubat tahan sakit

Pengambilan dos berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang serius. Dos maksimum untuk orang dewasa adalah 4g dalam 24 jam. Dos maksimum untuk kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang dewasa. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa membaca label pada produk dan mengikuti arahan yang tertera pada label.

2. NSAIDs 

Kejadian serangan asma atau menerukkan lagi keadaan asma akibat pengambilan NSAIDs adalah lebih tinggi dalam golongan pesakit asma berbanding populasi yang tidak mempunyai asma. Oleh itu, pesakit asma perlu berhati-hati ketika mengambil ubat dari kelas NSAIDs.

Elakkan mengambil lebih daripada satu jenis NSAIDs pada masa yang sama kerana ini meningkatkan risiko pendarahan pada saluran gastrousus. Sentiasa mengambil NSAIDs selepas makan untuk mengelakkan risiko yang sama.

3. Opioid 

ubat tahan sakit

Elakkan memandu dan menggunakan alat atau mesin yang mungkin menyebabkan kecederaan memandangkan ia boleh mengakibatkan mengantuk dan keghairahan.

Elakkan pengambilan serentak dengan minuman beralkohol, antihistamin, atau ubat-ubat lain yang juga boleh menyebabkan kesan mengantuk. Kesemua ubat-ubat ini memperlahankan pernafasan dan pengambilan serentak boleh membawa maut.

Sebarang sejarah penyalahgunaan dadah perlu dimaklumkan kepada ahli profesional kesihatan anda sebelum memulakan pengambilan ubat ini.

Pengguna dinasihatkan agar mengikut arahan doktor dan elakkan daripada menghancurkan tablet sustain-released kerana ia boleh menyebabkan pengambilan dos berlebihan.

Pastikan anda rujuk ahli profesional kesihatan jika terdapat sebarang keraguan berkenaan ubat tahan sakit.

Sumber: Myhealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×