Sihat

“Aik? Kenapa Payudara Saya Tak Sama Saiz?”- AWAS! Anda Mungkin Ada Tanda Kanser

16
SHARES
SAIZ PAYUDARA BERBEZA

Payudara besar sebelah atau dikenali sebagai payudara tidak simetri adalah keadaan apabila sepasang payudara wanita mempunyai perbezaan saiz, bentuk, kedudukan, atau isipadu kedua-dua payudara.

Sebagai wanita, perkara itu sudah tentunya membuatkan anda risau kerana dikaitkan dengan kanser. Jadi, untuk mengetahui info lanjut tentang saiz payudara berbeza, ikuti perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Period Datang 2 Kali Sebulan Bukan Perkara Normal, Anda Mungkin Ada Masalah Kesihatan!

SAIZ PAYUDARA BERBEZA RUPANYA TANDA KANSER? TAKUTNYA!

SAIZ PAYUDARA BERBEZA

1. KEHAMILAN

Payudara mungkin besar atau kecil sebelah disebabkan mengandung kerana perubahan hormon. Semasa menyusu, payudara mungkin tidak sama bentuk atau saiz.

Selagi ibu dapat memberi susu yang mencukupi untuk si manja, anda tidak perlu bimbang sekiranya memiliki payudara berbeza saiz.

2. ATYPICAL DUCTAL HYPERPLASIA

Atypical ductal hyperplasia (ADH) adalah keadaan di mana ia boleh menjejaskan sel tisu payudara. Ini berlaku apabila saluran susu dalam payudara mempunyai pertumbuhan yang berlebihan.

ADH bukanlah kanser tetapi ia boleh meningkatkan risiko anda mendapat kanser pada masa hadapan. Sesetengah sel ini membentuk ketulan benigna yang berbeza saiz pada payudara.

3. SCOLIOSIS

Scoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang melengkung lebih daripada biasa, sama ada dari depan ke belakang atau dari kanan ke kiri.Scoliosis yang teruk boleh menyebabkan payudara tidak sama saiz.

4. HIPERTROFI JUVENIL

Hipertrofi juvana berlaku apabila satu payudara tumbuh lebih besar daripada yang lain. Ia adalah keadaan yang jarang berlaku dan antara dua faktor berlakunya keadaa ini adalah pertumbuhan payudara yang melampau berlangsung selama enam bulan.

Diikuti dengan tempoh pertumbuhan payudara yang lebih perlahan tetapi berterusan.

SAIZ PAYUDARA BERBEZA

5. KANSER PAYUDARA

Kanser payudara mempunyai beberapa nama bergantung kepada bahagian payudara. Antaranya adalah:

  • Karsinoma lobular menjejaskan kelenjar susu
  • Karsinoma duktal menjejaskan saluran susu
  • Sarcoma menjejaskan tisu penghubung
  • Penyakit Paget menjejaskan puting dan areola.

Gejalanya adalah ketulan, sakit di kawasan payudara dan ketiak, kulit puting merah, mengelupas dan saiz payudara yang tidak sama.

Diagnosis boleh dibuat melalui pemeriksaan fizikal pengimejan seperti ultrasound, mamogram, MRI dan biopsi.

Rawatan melibatkan gabungan pembedahan, terapi sinaran dan kemoterapi. Pencegahan terbaik adalah lakukan gabungan pemeriksaan mamogram seperti yang disyorkan oleh doktor.

NORMAL KE PAYUDARA BESAR/KECIL SEBELAH?

Kira-kira 25% wanita melaporkan bahawa perbezaan saiz kedua-dua payudara. Lebih separuh daripada populasi wanita di dunia mempunyai sepasang payudara yang besar.

Biasanya, payudara kiri akan lebih besar sehingga 20% daripada payudara sebelah kanan. Jadi, anda tidak perlu risau kerana payudara besar sebelah (tak simetri) adalah perkara biasa.

Baca juga: Terasa Pedih Bila Bersama Kerana Vagina Terlalu Kering, Usah Risau Atasi Dengan Cara Ini

Sumber: Very Well Health, Mayo Clinic & Buoy Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×