Sihat

Beronani Punca Kulit Muka Berjerawat, Adakah Ia Benar Atau Mitos Semata-Mata?

28
SHARES
punca kulit berjerawat

Masturbate atau beronani merupakan antara aktiviti seksual yang diketahui ramai. Ada yang mengatakan aktiviti seksual ini dapat memberikan kepuasan yang sama seperti hubungan seks dan ada juga yang mengatakan bahawa ini merupakan ‘pemanas badan’ sahaja. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan beronani ini menjadi punca kulit berjerawat?

Risau juga kalau setiap kali orang tengok muka penuh dengan jerawat, orang beranggapan bahawa kita selalu melakukan aktiviti onani. Takut!

Baca juga: Lelaki Pun Ada Buah Dada Macam Wanita Ke? Bukan Sebab Tak Fit, Rupanya Masalah Hormon!

PUNCA KULIT BERJERAWAT ADA KAITAN DENGAN BERONANI KE?

punca kulit berjerawat

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr. Holly Singletary, Dermatologist dari Texas mengatakan bahawa kulit berjerawat akibat selalu beronani adalah MITOS! Walaupun ia menjadi perbualan ramai dan ada yang mempercayainya, ternyata ini bukan punca kulit anda berjerawat.

Aktiviti onani ini sering dilakukan oleh orang yang baru sahaja mencapai usia matang untuk mengenali hormon seksual mereka berada di tahap mana.

JADI APA PUNCA KULIT BERJERAWAT?

Sebum merupakan minyak yang dikeluarkan untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah dan melindungi dari bakteria. Namun, terlampau banyak sebum boleh menyebabkan pori kulit tersumbat dan inilah punca sebenar wajah berjerawat!

Inilah yang menyebabkan jerawat selalu tumbuh yang orang salah anggap dengan aktiviti onani. Bukan itu sahaja, perubahan hormon dalam badan khususnya wanita, turut menyebabkan kulit anda bermasalah. Tiada kaitan dengan beronani ya, semuanya hanya kebetulan!

Walaupun kulit berjerawat dianggap hanya sementara pada sesetengah orang, namun tidak kepada orang yang selalu mengalaminya. Tak penah nak sempat merasa kulit licin walaupun sehari! Hal ini kerana anda terlalu stres atau tidak mempunyai tidur yang cukup yang menyebabkan jerawat dan bintik hitam keluar macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Antara punca lain masalah jerawat adalah:

-Sejarah keluarga yang mempunyai kulit bermasalah.

-Tengah dalam kitaran haid atau menopause.

-Banyak makan karbohidrat, gula, produk tenusu dan lemak.

Produk penjagaan kulit tidak sesuai dan mempunyai bahan-bahan seperti pewangi yang sensitif kepada kulit.

HUKUM ONANI HARAM DALAM ISLAM

punca kulit berjerawat

Namun, sebagai peringatan kepada seluruh umat Islam, ulama yang masyhur menetapkan bahawa hukum beronani atau melancap adalah haram berdasarkan nas al-Quran ayat kelima sehingga ketujuh surah al-Mukminun. Kami menyebut huraian Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab beliau, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam:

“Perbuatan ini diharamkan oleh ramai ulama mazhab Maliki (termasuk juga Syafieyyah). Mereka mengambil dalil berdasarkan firman Allah:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7

Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

Surah al-Mukminun, (23 : 5-7)

*Oleh itu orang yang melakukan onani atau melancap untuk tujuan melepaskan kepuasan ialah orang yang mencari kepuasan selain dari perkara yang dibolehkan oleh hukum Islam. Jangan terlampau mencontohi budaya Barat seperti yang ditonton dalam filem ya!

Sumber: Flo.Health, Pejabat Mufti WP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×