Sihat

Bukan Sekadar Sedap, Air Tebu Rupanya Boleh Cegah Sel Kanser

1K
SHARES
kebaikan air tebu

Tidak dinafikan, air tebu memang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang manis dan menyegarkan. Antara kebaikan air tebu adalah mengandungi gula semula jadi dan mempunyai GI rendah iaitu 43 berbanding gula biasa iaitu 64.

Seperti perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebook, air tebu dikatakan boleh menghalang pertumbuhan sel kanser prostat dan payudara. Betul ke?

Baca juga: 5 Tips Utama Untuk Dapatkan Jantung Yang Sihat, Amalkan…

KEBAIKAN AIR TEBU BOLEH HALANG PERTUMBUHAN SEL KANSER?

kebaikan air tebu

Air tebu boleh memudahkan aliran air kencing dengan cepat dan dapat membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik.
Jika diambil bersama jus limau kasturi, ia boleh membantu merawat demam kuning.

Terdapat bahan khasiat asid glycolic dalam air tebu. Bahan ini boleh mencegah jerawat, kurangkan parut, cegah penuaan dan membantu elakkan kulit daripada kering.

Terdapat juga bahan berkhasiat anti oksidan dalam air tebu yang dikenali sebagai asid klorogenik dan asid sinamik. Warna hijau jus tebu disebabkan oleh kehadiran pigmen klorofil.

Air tebu juga kaya dengan kalsium dan fosforus. Bahan ini diperlukan dalam pembinaan tulang dan menguatkan tulang. Komposisi air tebu terdiri daripada 75 % air, 15 % gula dan 10 % serat.

Air tebu juga tinggi kandungan zat besi dan folat (folate). Bahan ini membantu tingkatkan tahap hemoglobin (sel darah merah). Kehadiran folat dalam air tebu juga dapat menghalang kecacatan pada bayi dalam kandungan.

kebaikan air tebu

Air tebu juga bantu badan untuk melawan kanser. Kehadiran bahan anti kanser seperti flavonoid membantu badan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser terutamanya kanser prostat dan payudara.

Kepekatan tinggi kalsium, magnesium, potassium, zat besi dan mangan menjadikan air tebu bersifat alkali. Kajian telah dilakukan di Australia melibatkan 43 orang menunjukkan air tebu yang dibuat dari serbuk tebu tanpa hampas dan telah ditapis bantu atasi masalah gerd.

Walau bagaimanapun, pastikan basuh tebu terlebih dahulu sebelum diproses.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×